Connect with us

Terkini

Undang-undang tolak ‘pemaksaan’ ideologi LGBTQ perlu diwujudkan – Profesor Dr Rafidah Hanim

Pemaksaan ideologi songsang dalam norma masyarakat bukan hanya melibatkan pengamal homoseksual ataupun transgender, namun juga “allies” atau sekutu kepada kelompok songsang itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Undang-undang tolak ‘pemaksaan’ ideologi LGBTQ perlu diwujudkan – Profesor Dr Rafidah Hanim
Foto: Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Pemaksaan ideologi songsang dalam norma masyarakat bukan hanya melibatkan pengamal homoseksual ataupun transgender, namun juga “allies” atau sekutu kepada kelompok songsang itu.
  • Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang lantang menolak ideologi LGBTQ+, mengingatkan pemimpin yang menolak pemaksaan juga perlu berani mengadakan undang-undang khusus terkait kelompok songsang terbabit.
  • Ini kerana penyebaran ideologi itu turut melibatkan sekutu kelompok songsang terbabit yang adakala berselindung di sebalik sesuatu perkara atau isu.
  • “NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) pro LGBTQ yang berselindung di sebalik sentimen ‘diskriminasi’ walhal yang berlaku adalah ‘play-victim’, ‘internalised homophobic’ dan ‘self-stigma’. Sentiasa menyangka diri ‘ditindas’.
  • “Media yang sangat pro kepada pemaksaan ideologi ini sehinggakan pendapat berlainan atau ‘dissenting views’ mereka tidak akan siarkan. Sebarang penerangan atau berita tentang pendirian agama diperolok-olokkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) pada Ahad.
  • “Sekutu ini, mungkin bukan sebahagian daripada komuniti LGBTQ. But they’re helping creating a “cult” as well. Pemimpin menolak pemaksaan bermakna keberanian untuk mengadakan undang-undang khusus,” katanya.

KUALA LUMPUR — Pemaksaan ideologi songsang dalam norma masyarakat bukan hanya melibatkan pengamal homoseksual ataupun transgender, namun juga “allies” atau sekutu kepada kelompok songsang itu.

Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang lantang menolak ideologi LGBTQ+, mengingatkan pemimpin yang menolak pemaksaan juga perlu berani mengadakan undang-undang khusus terkait kelompok songsang terbabit.

Katanya, ini kerana penyebaran ideologi itu turut melibatkan sekutu kelompok songsang terbabit yang adakala berselindung di sebalik sesuatu perkara atau isu.

“Kita bukan lagi bercakap tentang “pengamal homoseksual atau transgender” sahaja, tetapi “allies” atau sekutu-sekutu yang terdiri dari;

“NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) pro LGBTQ yang berselindung di sebalik sentimen ‘diskriminasi’ walhal yang berlaku adalah ‘play-victim’, ‘internalised homophobic’ dan ‘self-stigma’. Sentiasa menyangka diri ‘ditindas’.

“Media yang sangat pro kepada pemaksaan ideologi ini sehinggakan pendapat berlainan atau ‘dissenting views’ mereka tidak akan siarkan. Sebarang penerangan atau berita tentang pendirian agama diperolok-olokkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas artikel komentar bertajuk, ‘Pemimpin Perlu Berani Tolak Pemaksaan Ideologi LGBTQ’ tulisan Md Asham Ahmad yang disiarkan sebuah akhbar tempatan. 

Foto: Keratan akhbar dari Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Rafidah berkata pemaksaan ideologi itu juga boleh berlaku menerusi kempen daripada syarikat korporat selain institusi “penyelidikan” yang menggunakan lesen “research is research” (kajian hanyalah kajian) untuk proposal yang “tidak independent” (tidak bebas).

Beliau berkata dalam pada itu ada juga berlakunya perjanjian antarabangsa yang cuba diserapkan ke peringkat domestik (tempatan) dengan menyerap nilai-nilai songsang ini dalam polisi, akta dan rangka kerja kementerian.

Katanya, pemaksaan ideologi turut melibatkan dana antarabangsa yang menaja NGO dan membiayai ubat-ubatan, namun hanya pada permulaan sebelum kerajaan perlu menanggung biaya sepenuhnya.

Menurutnya, senario itu adalah antara usaha untuk menormalisasikan pengamalan seks songsang.

“Sekutu ini, mungkin bukan sebahagian daripada komuniti LGBTQ. But they’re helping creating a “cult” as well. Pemimpin menolak pemaksaan bermakna keberanian untuk mengadakan undang-undang khusus,” katanya.

Rafidah turut berkongsi tulisan daripada Profesor Madya Dr Amran Muhammad dari Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI), Kuala Lumpur yang menyuarakan kebimbangan terkait ideologi gender.

Tulisan itu dipetik berkata, “Jika ia sudah menjadi ideologi gender atau genderism isunya bukan sekadar syariah i.e amalan songsang tetapi sudah menjadi isu akidah i.e akidah sesat.

“Ideologi gender lebih luar dari LGBT kerana ia melibatkan keyakinan terhadap makna kebenaran yang telah ditentukan wahyu dan agama yang cuba diubah atau diselewengkan dan dipaksakan kepada masyarakat”.

Menerusi tulisan itu, Dr Arman turut menggesa pihak berkuasa Islam untuk mewujudkan satu fatwa atau larangan tentang bahaya ideologi gender terhadap akidah. —- The Merdeka Times

Sumber : Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Author