Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Umat Islam berhimpun bantah bakar Al-Quran di Stockholm, Sweden

Ribuan penduduk Islam di Stockholm, Sweden berhimpun sebagai tanda bantahan terhadap perbuatan membakar Al-Quran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Umat Islam berhimpun bantah bakar Al-Quran di Stockholm, Sweden
Foto: Seorang ahli politik pelampau sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan (kiri) dan seorang pelarian dari Iraq berfahaman ateis, Salwan Momika (kanan).

Ribuan penduduk Islam di Stockholm, Sweden berhimpun sebagai tanda bantahan terhadap perbuatan membakar Al-Quran.

Menerusi perkongsian video di Twitter, perhimpunan yang dikatakan berlangsung hari ini itu menunjukkan peserta masing-masing membawa senaskah Al-Quran.

Mereka dilihat mengangkat naskah Al-Quran sambil membaca ayat suci dari beberapa surah bersama-sama antaranya surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan surah Al-Falaq.

Hantaran video itu dibuat menggunakan tanda pagar #liftupQuran sebagai simbolik menyeru orang ramai untuk menjunjung kitab yang menjadi panduan hidup umat Islam itu.

Terdahulu, ibu kota Sweden itu menyaksikan beberapa kejadian biadab mempersendakan kitab suci Al- Quran.

Bulan lalu, seorang pelarian dari Iraq berfahaman ateis, Salwan Momika membakar senaskah Al-Quran di luar Masjid Jamek Stockholm pada Hari Raya Aidiladha.

Dia turut meletakkan sekeping daging babi pada halaman naskah Al-Quran dan memijak kitab itu sebelum membakarnya.

Januari lalu, seorang ahli politik pelampau sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan bertindak membakar senaskah Al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Dia melakukan demikian untuk menggesa Turkiye menyokong Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Meskipun tindakan biadab Paludan itu hakikatnya dilihat seperti ingin menggagalkan usaha Sweden itu, dia tetap berikrar untuk terus membakar Al-Quran setiap Jumaat selagi Turkiye tidak menyokong Sweden untuk menyertai pakatan itu. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter Md zeeshan Zzz

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *