Antarabangsa
Tiada perhimpunan LGBT ASEAN di Jakarta
Polis Metro Jaya akan memastikan program perhimpunan golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) ASEAN tidak akan berlangsung di Jakarta atau mana-mana tempat lain di Indonesia.
- Polis Metro Jaya akan memastikan program perhimpunan golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) ASEAN tidak akan berlangsung di Jakarta atau mana-mana tempat lain di Indonesia.
- Jurucakap Polis Metro Jaya, Hirbak Wahyu berkata, polis akan sentiasa memantau bagi memastikan tiada satu pun program berkaitan berlangsung di ibu negara dalam masa terdekat dan juga akan datang.
- Katanya, polis dari awal sudah memantau perkara itu sejak tercetusnya laporan mengenai perhimpunan LGBT yang akan diadakan di Jakarta.
- Penganjur perhimpunan Queer Advocacy Week ASEAN mengesahkan program itu sudah dibatalkan.
- Agensi itu memaklumkan, mereka akan mencari lokasi lain di luar Indonesia untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
JAKARTA: Polis Metro Jaya akan memastikan program perhimpunan golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) ASEAN tidak akan berlangsung di Jakarta atau mana-mana tempat lain di Indonesia.
Jurucakap Polis Metro Jaya, Hirbak Wahyu berkata, polis akan sentiasa memantau bagi memastikan tiada satu pun program berkaitan berlangsung di ibu negara dalam masa terdekat dan juga akan datang.
Katanya, polis dari awal sudah memantau perkara itu sejak tercetusnya laporan mengenai perhimpunan LGBT yang akan diadakan di Jakarta.
“Selepas mendapat maklumat mengenai perhimpunan itu, kami terus melakukan siasatan untuk memastikan kesahihannya.
“Kami juga menyiasat adakah pihak penganjur sudah mendapatkan permit atau kebenaran daripada pihak berkaitan.
“Setakat ini, polis memberi jaminan bahawa perhimpunan seperti itu tidak akan berlangsung di Jakarta atau di mana-mana tempat di negara ini,” katanya.
Dalam pada itu, penganjur perhimpunan Queer Advocacy Week ASEAN mengesahkan program itu sudah dibatalkan.
Agensi itu memaklumkan, mereka akan mencari lokasi lain di luar Indonesia untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
“Kami membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan LGBT ASEAN di Jakarta selepas mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
“Keputusan itu juga dibuat demi keselamatan semua pihak kerana kami jelas, ramai yang kurang senang dengan komuniti ini,” jelas agensi itu menerusi kenyataan.
Sumber: Utusan Malaysia