Terkini
SPRM ikut trend terkini orang muda sebar mesej antirasuah
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyarankan penguatkuasa tidak hanya bergantung cara konvensional dalam agenda pencegahan dan pembanterasan rasuah, sebaliknya mengikut trend semasa media sosial seperti TikTok.
- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyarankan penguatkuasa tidak hanya bergantung cara konvensional dalam agenda pencegahan dan pembanterasan rasuah, sebaliknya mengikut trend semasa media sosial seperti TikTok.
- Beliau berkata, dalam memperkemaskan agenda itu, konsep orang muda perlu diterapkan supaya matlamat asal iaitu membunuh rasuah di peringkat akar umbi sampai ke setiap lapisan masyarakat.
- Katanya, penguat kuasa SPRM perlu sentiasa relevan bagi memudahkan mereka mendampingi masyarakat.
- “Tik Tok sudah begitu terkenal. Jadi saya sarankan SPRM juga mempunyai Tik Tok untuk sebar mesej-mesej antirasuah,” katanya dalam perasmian Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyarankan penguatkuasa tidak hanya bergantung cara konvensional dalam agenda pencegahan dan pembanterasan rasuah, sebaliknya mengikut trend semasa media sosial seperti TikTok.
Beliau berkata, dalam memperkemaskan agenda itu, konsep orang muda perlu diterapkan supaya matlamat asal iaitu membunuh rasuah di peringkat akar umbi sampai ke setiap lapisan masyarakat.
Katanya, penguat kuasa SPRM perlu sentiasa relevan bagi memudahkan mereka mendampingi masyarakat.
“SPRM perlu mengamalkan konsep orang muda mengikut perubahan zaman. Kita tidak boleh menjadi ‘old school’ kerana ini adalah zaman media sosial, malah SPRM perlu bergerak sekurang-kurangnya 15 tahun ke hadapan untuk menjadi muda.
“Sekarang sejumlah besar masyarakat hidup dengan menggunakan teknologi, jadi saya sendiri juga perlu melengkapkan diri dengan teknologi.
“Tik Tok sudah begitu terkenal. Jadi saya sarankan SPRM juga mempunyai Tik Tok untuk sebar mesej-mesej antirasuah,” katanya dalam perasmian Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di Putrajaya semalam.
Pada program itu, Azam turut melancarkan akaun Tik Tok rasmi SPRM sebagai platform terkini suruhanjaya itu menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan rasuah.
Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim dan Panel Penilaian Operasi (PPO), Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham.
Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM juga memerlukan media sedia ada untuk sentiasa membantu mesej antirasuah yang disampaikan mereka.
Katanya, walaupun terdapat media arus perdana dan portal berita yang kadang-kala tidak menyokong tindakan agensinya, namun ia bukan suatu isu kerana media tempatan kekal berpaksi fakta yang sebenar.
“Saya tidak kisah jika saya ‘diboxing’ atau ‘ditumbuk’ terlebih dahulu kerana saya tahu, di tahap mana kita ada dan di pusingan kedua nanti, kita akan serang kembali,” katanya.
Beliau juga berkata, meskipun arus berita di media sosial begitu pantas namun perlunya untuk semua pihak beretika dalam menyampaikan maklumat.
“Ramai yang berada di belakang media arus perdana dan mereka ini perlu didekati supaya mesej yang ingin disampaikan tidak salah maklumat kerana faktanya hanya boleh didedahkan di mahkamah.
“Namun begitu, prinsip utama dalam menyampaikan maklumat ini adalah kita mahu mesej antirasuah ini sampai ke segenap lapisan masyarakat,” katanya.
Azam berkata, SPRM yang juga sebuah badan sensitif, tidak boleh bertindak seperti era sebelum 2008 dengan tidak memberi tindak balas terhadap apa sahaja kecaman atau tohmahan dilemparkan.
“Kita hari ini perlu lebih telus dan memberi tindak balas yang lebih banyak khususnya berkaitan isu membabitkan kepentingan awam seperti dana kerajaan,” katanya.
Sumber: Berita Harian