Terkini
Sanusi tidak dikenakan tindakan, kekal sebagai calon PRN
PAS tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebaliknya mengekalkan pemimpin itu sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos depan meskipun terpalit kontroversi dan berdepan tindakan mahkamah.
- PAS tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebaliknya mengekalkan pemimpin itu sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos depan meskipun terpalit kontroversi dan berdepan tindakan mahkamah.
- Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang diadakan semalam.
- Katanya, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat belum hilang kelayakan untuk bertanding dan baru berdepan proses pertuduhan di mahkamah.
- “Kita sudah putuskan beliau dikekalkan sebagai (calon) pilihan pertama. Tak ada masalah sebab dia akan bicara pun pada Oktober nanti.
- “Kita juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada beliau sebab apa yang kita lihat, pertuduhan terhadap beliau itu lebih bersifat kepada usaha untuk menggugat (kedudukan) beliau. Kita akan lihat bagaimana proses pendakwaan ke atas beliau nanti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, di sini, malam tadi.
KUALA TERENGGANU: PAS tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebaliknya mengekalkan pemimpin itu sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos depan meskipun terpalit kontroversi dan berdepan tindakan mahkamah.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang diadakan semalam.
Katanya, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat belum hilang kelayakan untuk bertanding dan baru berdepan proses pertuduhan di mahkamah.
“Kita sudah putuskan beliau (Muhammad Sanusi) dikekalkan sebagai (calon) pilihan pertama. Tak ada masalah sebab dia akan bicara pun pada Oktober nanti.
“Kita juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada beliau sebab apa yang kita lihat, pertuduhan terhadap beliau itu lebih bersifat kepada usaha untuk menggugat (kedudukan) beliau. Kita akan lihat bagaimana proses pendakwaan ke atas beliau nanti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, di sini, malam tadi.
Katanya, PAS bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berhubung keputusan yang akan dibuat mahkamah selepas proses perbicaraan ke atas Muhammad Sanusi.
“Kita tunggu dululah perbicaraan dan keputusannya nanti. Selepas itu baharu parti akan buat keputusan.
“Kita ready (sedia) dengan apa-apa (kemungkinan) yang bakal berlaku sebab keputusan itu (perbicaraan) mengambil masa yang panjang,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata, pertuduhan ke atas menteri besar itu lebih bersifat usaha untuk menekan kerana mendakwa ucapan pemimpin itu tidak menyebut penghinaan terhadap institusi diraja Selangor.
“Tapi saya nak kata, beliau dianggap menghina raja, saya berulang kali dengar (ucapan) tak ada disebut pun (penghinaan) institusi diraja Selangor.
“Secara peribadi kalau berlaku kesilapan dalam ucapan beliau, mungkin tak ada sebarang sekatan dan beliau lebih tahu apa yang beliau perlu ucap dan sebagainya,” katanya.
Selasa lalu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Selayang atas dua pertuduhan menghasut.
Sumber: Harian Metro