Connect with us

Terkini

PRN : Tiada kompromi laporan awam berkaitan sogokan raih undi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran tidak akan berkompromi jika terdapat laporan orang awam yang menawarkan imbuhan tertentu bagi meraih undi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN : Tiada kompromi laporan awam berkaitan sogokan raih undi
Foto: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran tidak akan berkompromi jika terdapat laporan orang awam yang menawarkan imbuhan tertentu bagi meraih undi.
  • Semua calon mahupun wakil parti politik yang bertanding pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) diingatkan agar tidak menawarkan apa sahaja sogokan dan habuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, undang-undang sedia ada sudah cukup jelas iaitu sebarang bentuk dorongan kepada pengundi, sama ada wang tunai atau hadiah, adalah rasuah.
  • “Sekiranya pasukan ini menerima laporan daripada orang awam, terdapat tawaran-tawaran tertentu daripada mana-mana pihak bagi meraih undi, sudah pasti kita akan siasat dan ambil tindakan,” katanya di sini semalam.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran tidak akan berkompromi jika terdapat laporan orang awam yang menawarkan imbuhan tertentu bagi meraih undi.

Sehubungan itu, semua calon mahupun wakil parti politik yang bertanding pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) diingatkan agar tidak menawarkan apa sahaja sogokan dan habuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Menegaskan kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, undang-undang sedia ada sudah cukup jelas iaitu sebarang bentuk dorongan kepada pengundi, sama ada wang tunai atau hadiah, adalah rasuah.

“Sekiranya pasukan ini menerima laporan daripada orang awam, terdapat tawaran-tawaran tertentu daripada mana-mana pihak bagi meraih undi, sudah pasti kita akan siasat dan ambil tindakan,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Azam berkata, dalam menangani isu rasuah sepanjang PRN ini, satu pasukan khas juga akan ditubuhkan SPRM bagi memantau pelbagai maklumat berkaitan penawaran rasuah daripada pihak-pihak tertentu termasuk di dalam media sosial.

Jelas beliau, SPRM akan menjalankan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkuasa lain sekiranya ada apa-apa isu berkaitan rasuah sepanjang tempoh PRN ini.

“Kalau ada perbuatan sogokan, rasuah untuk meraih undi, boleh tampil membuat laporan agar pihak kami (SPRM) boleh menjalankan siasatan secara mendalam. Saya memberi jaminan siasatan akan dilakukan dengan adil tidak kira di mana sahaja,” tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *