Antarabangsa
Pesaing Twitter, Threads dilancar secara rasmi
Syarikat induk Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya.
- Syarikat induk Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya.
- Dibangunkan oleh pasukan Instagram, aplikasi baharu itu bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.
- Menurut syarikat itu, hantaran boleh mencapai sehingga 500 aksara dan boleh memasukkan pautan, foto serta video yang panjangnya sehingga lima minit.
- Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg berkata, visi aplikasi baharu itu adalah untuk mewujudkan pilihan dan ruang awam yang mesra untuk perbualan.
WASHINGTON – Syarikat induk Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya.
Dibangunkan oleh pasukan Instagram, aplikasi baharu itu bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.
Menurut syarikat itu, hantaran boleh mencapai sehingga 500 aksara dan boleh memasukkan pautan, foto serta video yang panjangnya sehingga lima minit.
“Kami sedang berusaha untuk menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial yang terbuka dan saling beroperasi yang kami percaya boleh membentuk masa depan internet,” lapor Agensi Anadolu memetik syarikat itu.
Menerusi hantaran Threads, Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg berkata visi aplikasi baharu itu adalah untuk mewujudkan pilihan dan ruang awam yang mesra untuk perbualan.
“Kami berharap untuk membawakan perkara terbaik dilakukan Instagram dan mewujudkan pengalaman baharu mengenai teks, idea dan membincangkan perkara yang ada dalam fikiran anda,” tulisnya.
Aplikasi Threads tersedia di lebih 100 negara untuk pengguna iOS dan Android, tambahnya.
Sumber: Bernama