Connect with us

Terkini

Peruntukan khas rumah ibadat bukan Islam dalam belanjawan tahun depan – Nga Kor Ming

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memasukkan peruntukan khas untuk penyelenggaraan dan menaik taraf rumah ibadat bukan Islam dalam belanjawan negara tahun depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peruntukan khas rumah ibadat bukan Islam dalam belanjawan tahun depan – Nga Kor Ming
Foto: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.
  • Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memasukkan peruntukan khas untuk penyelenggaraan dan menaik taraf rumah ibadat bukan Islam dalam belanjawan negara tahun depan, kata menterinya, Nga Kor Ming.
  • Kor Ming, yang juga pemimpin DAP itu berkata, kementerian akan menyalurkan dana kepada rumah ibadat yang terdesak secepat mungkin berdasarkan permohonan dibuat.
  • Beliau berkata sebanyak 700 permohonan selenggara dan naik taraf rumah ibadat bukan Islam diterima setakat ini, termasuk 161 permohonan dari Perak diikuti Selangor dengan 155 permohonan. 
  • Sebanyak 56 permohonan telah diluluskan KPKT membabitkan peruntukan RM7.45 juta.

SUNGAI BULOH – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memasukkan peruntukan khas untuk penyelenggaraan dan menaik taraf rumah ibadat bukan Islam dalam belanjawan negara tahun depan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata KPKT menerima lebih 700 permohonan berkenaan dengan jumlah permohonan melebihi RM100 juta.

“Tetapi kami (KPKT) hanya ada RM50 juta. Walau bagaimanapun, kami akan memberi kelulusan dengan teliti mengikut keperluan rumah ibadat masing-masing dan bilangan projek sebenar.

“Bagi yang tak sempat diperuntukkan tahun ini, kami boleh simpan untuk tahun depan, kerana banyak permohonan tahun ini dan tidak mungkin setiap permohonan mendapat kelulusan 100 peratus. Ini adalah (peruntukan) yang ada sepanjang tahun,” kata Kor Ming dipetik Guang Ming Daily di Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan bagi Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam di Kuil Sri Maha Vana Dhurgai Amman di sini semalam. 

Beliau berkata kementerian akan menyalurkan dana kepada rumah ibadat yang terdesak secepat mungkin berdasarkan permohonan dibuat.

Kor Ming, yang juga pemimpin DAP itu berkata, semua peruntukan dijangka selesai menjelang Oktober ini.

Beliau berkata sebanyak 700 permohonan selenggara dan naik taraf rumah ibadat bukan Islam diterima setakat ini, termasuk 161 permohonan dari Perak diikuti Selangor dengan 155 permohonan. 

Sebanyak 56 permohonan telah diluluskan KPKT membabitkan peruntukan RM7.45 juta, katanya.

Sumber: Guang Ming Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *