Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin Islam, Kristian Pakistan gesa masyarakat dunia hormati kitab suci

Buat pertama kali dalam sejarah Pakistan, kepimpinan umat Islam dan Kristian bersama empat kitab suci merayu kepada masyarakat dunia menghormati semua kitab suci itu.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Islam, Kristian Pakistan gesa masyarakat dunia hormati kitab suci
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Buat pertama kali dalam sejarah Pakistan, kepimpinan umat Islam dan Kristian bersama empat kitab suci merayu kepada masyarakat dunia menghormati semua kitab suci itu.
  • Menurut laporan The News International, kepimpinan Islam dan Kristian di Pakistan menetapkan tindakan panduan keharmonian agama ketika mereka mengadakan sidang media bersama dengan empat kitab suci iaitu al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil (Bible) pada Ahad.
  • Pengerusi Majlis Ulama Pakistan yang juga Presiden Majlis Keharmonian Antara Agama Antarabangsa, Hafiz Muhammad Tahir Mahmood Ashrafi mengetuai perhimpunan itu dan berucap pada sidang media bersama kepimpinan Islam dan Kristian di Jamia Manzoorul Islamia Lahore.

LAHORE – Buat pertama kali dalam sejarah Pakistan, kepimpinan umat Islam dan Kristian bersama empat kitab suci merayu kepada masyarakat dunia menghormati semua kitab suci itu.

Menurut laporan The News International, kepimpinan Islam dan Kristian di Pakistan menetapkan tindakan panduan keharmonian agama ketika mereka mengadakan sidang media bersama dengan empat kitab suci iaitu al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil (Bible) pada Ahad.

Pengerusi Majlis Ulama Pakistan yang juga Presiden Majlis Keharmonian Antara Agama Antarabangsa, Hafiz Muhammad Tahir Mahmood Ashrafi mengetuai perhimpunan itu dan berucap pada sidang media bersama kepimpinan Islam dan Kristian di Jamia Manzoorul Islamia Lahore.

Tiada individu, komuniti, negara, atau organisasi dibenarkan untuk memberikan hak untuk mencemarkan mana-mana kitab ilahi atau Nabi dan Rasulullah Yang Maha Kuasa, kata Hafiz sambil menambah apa yang berlaku di Sweden adalah tidak boleh diterima. 

Beliau berkata mereka berterima kasih kepada semua orang yang tidak membenarkan Taurat dibakar.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin agama berkata Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus segera mengambil perhatian tentang perkara itu dan menggubal undang-undang mengenainya selain membuat undang-undang untuk menghormati kesucian semua agama syurga di peringkat global. 

Mereka berkata Islam dan semua agama samawi mengajar keamanan, keselamatan, kesederhanaan dan toleransi serta ajaran mana-mana agama bukan mengenai keganasan dan ekstremisme.

Advertisement

Unsur-unsur yang menyebarkan keganasan dan ekstremisme bukanlah mewakili mana-mana agama, kata kumpulan itu.

Pemimpin agama itu turut menegaskan bahawa dengan sokongan dan penyelarasan Gereja Pakistan, Majlis Ulama Pakistan dan Majlis Keharmonian Antara Agama Antarabangsa, satu kempen akan dilancarkan di seluruh Pakistan untuk mempromosikan keharmonian antara agama.

Mereka berkata minoriti di Pakistan mempunyai hak penuh dan sesiapa sahaja tidak boleh dibenarkan merampas hak minoriti di Pakistan dan Perlembagaan Pakistan adalah pelindung hak minoriti. 

Sumber: The News International

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending