Antarabangsa
Paderi muat turun lebih 100,000 fail porno kanak-kanak
Seorang paderi di Texas mengaku bersalah pada Selasa lalu memuat turun lebih 100,000 fail “BDSM” dan porno kanak-kanak bertemakan binatang.
- Seorang paderi Texas mengaku bersalah pada Selasa lalu memuat turun – kadangkala di gerejanya – lebih 100,000 fail “BDSM” dan porno kanak-kanak bertemakan binatang.
- Sebelum penangkapan, David telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai paderi di Gereja Faith Baptist di Round Rock, sekitar utara Austin, AS, demikian lapor Reduxx.
- Tangkapannya pada bulan Oktober disebabkan beribu-ribu simpanan bahan tidak senonoh ditemukan di platform perisian rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan.
- Deacon David Clawson memberitahu Telegram Fort Worth-Star tahun lepas bahawa pemimpin-pemimpin gereja “menyesali segalanya” yang berlaku di bawah bimbingan David.
Seorang paderi di Texas mengaku bersalah pada Selasa lalu memuat turun lebih 100,000 fail “BDSM” dan porno kanak-kanak bertemakan binatang.
David Lloyd Walther, 57, mengakui bahawa dia “mencari, memuat turun, mengedar dan memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak, termasuk pornografi kanak-kanak,” kata Pejabat Peguam Amerika Syarikat (AS) Daerah Barat Texas.
Sebelum penangkapan, David telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai paderi di Gereja Faith Baptist di Round Rock, sekitar utara Austin, AS, demikian lapor Reduxx.
Tangkapannya pada Oktober lalu ekoran ribuan simpanan bahan tidak senonoh ditemui di platform perisian rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan.
Menurut pendakwa raya, penyiasat turut menemui dua cakera keras komputer yang mengandungi “lebih 100,000 imej dan lebih 5,000 video penderaan seksual kanak-kanak” ketika menggeledah rumah paderi tersebut.
David berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda maksimum 250,000 dolar Amerika.
Sumber: NY Post