Connect with us

Antarabangsa

Mesir nafi paksa jemaah bayar bil elektrik masjid

Kerajaan Mesir menafikan laporan yang tersebar di media sosial bahawa pihak berkuasa menghentikan pembayaran bil elektrik untuk masjid dan memaksa jemaah membayarnya.

Wartawan TMT

Published

on

Mesir nafi paksa jemaah bayar bil elektrik masjid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Mesir menafikan laporan yang tersebar di media sosial bahawa pihak berkuasa menghentikan pembayaran bil elektrik untuk masjid dan memaksa jemaah membayarnya.
  • Menurut laporan Middle East Monitor, pusat media kabinet berkata mereka telah menghubungi Kementerian Awqaf yang kemudiannya menafikan berita itu sebagai “tidak berasas”.
  • Bagaimanapun, kerajaan menjelaskan bahawa pengguna perlu membayar bil elektrik untuk kemudahan yang berkaitan dengan masjid termasuk dewan majlis, taska atau pejabat pentadbiran.

Kerajaan Mesir menafikan laporan yang tersebar di media sosial bahawa pihak berkuasa menghentikan pembayaran bil elektrik untuk masjid dan memaksa jemaah membayarnya.

Menurut laporan Middle East Monitor, pusat media kabinet berkata mereka telah menghubungi Kementerian Awqaf yang kemudiannya menafikan berita itu sebagai “tidak berasas”.

Bagaimanapun, kerajaan menjelaskan pengguna perlu membayar bil elektrik untuk kemudahan yang berkaitan dengan masjid termasuk dewan majlis, taska atau pejabat pentadbiran.

Menurut kerajaan, perbelanjaan pengubahsuaian masjid serta pembinaan masjid baharu dibayar secara berasingan tanpa menjejaskan perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah.

Kerajaan Mesir juga menyeru pengguna media sosial untuk mengesahkan kesahihan berita bagi mengelakkan kekeliruan.

Sumber: Middle East Monitor

Author

Antarabangsa

Derita ekonomi perang Gaza, Samsung Next tarik diri dari Israel

Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.
  • Firma yang merupakan inovasi cawangan syarikat Korea Samsung mengumumkan kepada kakitangannya bahawa ia akan menutup operasinya di hab teknologi serantau, Tel Aviv.
  • “Keputusannya, walaupun sukar, tidak mengurangkan pencapaian yang telah kami capai bersama selama hampir sedekad,” termasuk melabur dalam 70 syarikat dan syarikat pemula Israel, demikian kandungan e-mel dipetik penerbitan teknologi Israel CTech dalam laporan The New Arab pada 12 April lalu.
  • Pejabat Amerika Syarikat akan mengambil alih pelanggan dan pelaburan serantau syarikat dalam proses yang dijangka bermula menjelang musim luruh dan menyediakan sumber serta nasihat kepada pasukan itu, kata e-mel itu.
  • Ia berlaku selepas kesukaran ekonomi Israel sejak serangan 7 Oktober tahun lalu dan peperangan ke atas Gaza, termasuk dalam sektor teknologi.

Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.

Firma yang merupakan inovasi cawangan syarikat Korea Samsung mengumumkan kepada kakitangannya bahawa ia akan menutup operasinya di hab teknologi serantau, Tel Aviv.

“Keputusannya, walaupun sukar, tidak mengurangkan pencapaian yang telah kami capai bersama selama hampir sedekad,” termasuk melabur dalam 70 syarikat dan syarikat pemula Israel, demikian kandungan e-mel dipetik penerbitan teknologi Israel CTech dalam laporan The New Arab pada 12 April lalu.

Pejabat Amerika Syarikat akan mengambil alih pelanggan dan pelaburan serantau syarikat dalam proses yang dijangka bermula menjelang musim luruh dan menyediakan sumber serta nasihat kepada pasukan itu, kata e-mel itu.

Ia berlaku selepas kesukaran ekonomi Israel sejak serangan 7 Oktober tahun lalu dan peperangan ke atas Gaza, termasuk dalam sektor teknologi.

Amaran berkenaan pertumbuhan Israel melarat sejak permulaan serangannya ke atas Gaza dengan penguncupan ekonomi hampir 20 peratus dalam tempoh suku terakhir 2023.

Industri pelancongan Israel juga dilaporkan terjejas disebabkan peperangan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending