Connect with us

Terkini

Malaysia perlu haramkan vape seperti Singapura – Profesor Dr Rafidah Hanim

Malaysia perlu mencontohi Singapura yang mengharamkan penggunaan dan penjualan vape mahupun perantinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Malaysia perlu haramkan vape seperti Singapura – Profesor Dr Rafidah Hanim
Foto: Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Malaysia perlu mencontohi Singapura yang mengharamkan penggunaan dan penjualan vape mahupun perantinya.
  • Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata peranti vape adalah alat atau vehicle yang boleh digunakan untuk menjual pelbagai jenis dadah.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berita tempatan berkaitan penahanan tiga sekeluarga iaitu bapa, anak lelakinya bersama isteri (menantu) yang disyaki mendalangi kegiatan haram mencampurkan jus ganja dalam botol cecair vape.
  • Media melaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengeluarkan warta menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

KUALA LUMPUR — Malaysia perlu mencontohi Singapura yang mengharamkan penggunaan dan penjualan vape mahupun perantinya.

Pensyarah Fisiologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata peranti vape adalah alat atau vehicle yang boleh digunakan untuk menjual pelbagai jenis dadah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berita tempatan berkaitan penahanan tiga sekeluarga iaitu bapa, anak lelakinya bersama isteri (menantu) yang disyaki mendalangi kegiatan haram mencampurkan jus ganja dalam botol cecair vape.

Cecair vape itu dikatakan diedar kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia)  berkenaan di sekitar Segamat.

Mana-mana pihak berkuasa tempatan di Johor tidak membenarkan sebarang penjualan cecair dan peranti vape dan ia diwartakan sebagai kesalahan di negeri itu.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengeluarkan warta menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sebelum ini, nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi.

Keputusan kerajaan itu membolehkan vape kini boleh dijual, dibeli dan dipromosikan tanpa kawalan termasuk kepada kanak-kanak. 

Susulan itu juga Dr Rafidah yang juga merupakan presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mendesak Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meletak jawatan pada April lalu.

Meluahkan kekecewaan dengan perkara terbabit, beliau berkata keputusan buruk itu merosakkan kepercayaan rakyat.— The Merdeka Times

Sumber : Facebook  Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *