Connect with us

Terkini

Kerajaan tolak fahaman sekular Laicite, asingkan agama dalam pentadbiran – PM

Fahaman sekular Laïcité yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran negara tidak boleh diterima oleh rakyat dan juga Kerajaan Perpaduan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tolak fahaman sekular Laicite, asingkan agama dalam pentadbiran – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Fahaman sekular Laïcité yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran negara tidak boleh diterima oleh rakyat dan juga Kerajaan Perpaduan.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebaliknya kerajaan menerima fahaman sekular yang tidak membuang sepenuhnya nilai-nilai agama.
  • “Kenapa kita perlu menerima Laïcité sedangkan nilai agama adalah penting. Malah dalam hal membabitkan keadilan, ia disebut dalam khutbah Jumaat,” katanya dalam sesi soal jawab di Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia (MLC) 2023, hari ini.
  • Laïcité adalah prinsip asas sekularisme di Perancis. Artikel 1 Perlembagaan Perancis ditakrif sebagai tidak menggalakkan pembabitan agama dalam urusan pentadbiran terutama pengaruh agama dalam penetapan dasar-dasar negara.

KUALA LUMPUR: Fahaman sekular Laïcité yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran negara tidak boleh diterima oleh rakyat dan juga Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebaliknya kerajaan menerima fahaman sekular yang tidak membuang sepenuhnya nilai-nilai agama.

“Kenapa kita perlu menerima Laïcité sedangkan nilai agama adalah penting. Malah dalam hal membabitkan keadilan, ia disebut dalam khutbah Jumaat,” katanya dalam sesi soal jawab di Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia (MLC) 2023, hari ini.

Laïcité adalah prinsip asas sekularisme di Perancis. Artikel 1 Perlembagaan Perancis ditakrif sebagai tidak menggalakkan pembabitan agama dalam urusan pentadbiran terutama pengaruh agama dalam penetapan dasar-dasar negara.

Terdahulu, Anwar diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bahawa Kerajaan Perpaduan menolak sekular.

Anwar menegaskan sekiranya terma sekular ingin dipopularkan, maka perlu dipastikan bahawa terma berkenaan difahami dengan jelas oleh keseluruhan masyarakat di negara ini.

Katanya, majoriti masyarakat Islam mengambil fahaman sekular sebagai sesuatu yang menolak agama secara mutlak dalam pentadbiran.

“Bukan itu yang perlu difahami oleh masyarakat Islam, sebaliknya walaupun kerajaan mempunyai elemen sekular namun nilai agama masih diterapkan.

“Sekiranya terma berkenaan tidak difahami dengan jelas, maka akan terputus sepenuhnya naratif dan wacana golongan bandar dan elit dengan sentimen serta pemahaman orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak mencampuri urusan Badan Kehakiman di samping terus mempertahankan kebebasan institusi tersebut sejak mengambil alih tugas Perdana Menteri.

Beliau turut menzahirkan pujian kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat atas peranan beliau dalam mengukuhkan kepercayaan terhadap Badan Kehakiman.

“…dan dengan ini, saya terima kasih kepada pendirian teguhnya mengenai kebebasan kehakimannya dan menghadapi serangan tanpa henti daripada setiap peringkat dalam untuk mempertahankan kehakiman,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author