Connect with us

Antarabangsa

Kali pertama wanita dihukum gantung di Singapura dalam 20 tahun

Singapura akan melaksanakan hukuman mati ke atas dua pengedar dadah minggu ini dengan salah seorang daripadanya adalah wanita, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia yang mendesak hukuman itu dibatalkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kali pertama wanita dihukum gantung di Singapura dalam 20 tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Singapura akan melaksanakan hukuman mati ke atas dua pengedar dadah minggu ini dengan salah seorang daripadanya adalah wanita, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia yang mendesak hukuman itu dibatalkan.
  • Sekiranya ia dilaksanakan, banduan berusia 45 tahun itu akan menjadi wanita pertama menjalani hukuman tersebut dalam masa 20 tahun di Singapura selepas pesalah bernama Yen May Woen dihukum mati pada 2004 atas kesalahan serupa.
  • Pertubuhan hak asasi tempatan, Transformative Justice Collective (TJC) berkata, banduan pertama, seorang lelaki berusia 56 tahun didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50 gram.
  • Dia dijadual menjalani hukuman tersebut di Penjara Changi hari ini.
  • Banduan kedua dihukum gantung Jumaat ini. Dia dijatuhi hukuman tersebut pada 2018 kerana mengedar 30 gram heroin.

SINGAPURA – Singapura akan melaksanakan hukuman mati ke atas dua pengedar dadah minggu ini dengan salah seorang daripadanya adalah wanita, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia yang mendesak hukuman itu dibatalkan.

Sekiranya ia dilaksanakan, banduan berusia 45 tahun itu akan menjadi wanita pertama yang menjalani hukuman tersebut dalam masa 20 tahun di Singapura selepas pesalah bernama Yen May Woen dihukum mati pada 2004 atas kesalahan serupa.

Pertubuhan hak asasi tempatan, Transformative Justice Collective (TJC) berkata, banduan pertama, seorang lelaki berusia 56 tahun didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50 gram.

Dia dijadual menjalani hukuman tersebut di Penjara Changi hari ini.

Sementara itu, banduan kedua akan dihukum gantung Jumaat ini. Dia dijatuhi hukuman tersebut pada 2018 kerana mengedar 30 gram heroin.

Singapura menguatkuasakan hukuman mati kepada beberapa jenayah termasuk bunuh dan berkaitan penculikan.

Sekurang-kurangnya 13 banduan telah dihukum gantung setakat ini selepas pihak berkuasa menyambung semula hukuman tersebut setelah ia dihentikan selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *