Terkini
Kad OKU bukan ‘lesen’ buat jenayah, terlepas hukuman – Peguam
“Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) bukan lesen untuk bebas daripada hukuman, kecuali dia benar-benar tak waras ketika kejadian berlaku,” kata peguam, Mufarwa Farid.
- “Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) bukan lesen untuk bebas daripada hukuman, kecuali dia benar-benar tak waras ketika kejadian berlaku,” kata peguam, Mufarwa Farid.
- Beliau menegaskan mempunyai kad OKU bukan lesen untuk membuat kesalahan jenayah, apatah lagi sekiranya kad terbabit tiada kena mengena dengan tuduhan dikenakan ke atas tertuduh.
- Katanya, kad OKU hanya boleh membantu dari sudut mengurangkan hukuman di mana ia menjadi satu mitigasi dan boleh jadi penyebab sesuatu hukuman dikurangkan sekiranya munasabah.
- “Contohnya kalau tertuduh ada bipolar, mahkamah akan pastikan bipolar tu datang semasa dia lakukan kesalahan sahaja. Seperti yang kita tahu, penyakit tak waras ni bermacam-macam.
- “Ada yang 24 jam tak waras. Ada yang tak waras sekejap-sekejap. Jadi, laporan pakar amatlah diperlukan untuk pastikan dia tak waras exactly pada waktu dia lakukan jenayah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
- Beliau berkata demikian untuk memperbetulkan salah faham dalam kalangan masyarakat yang segelintirnya berpandangan sekiranya tertuduh mempunyai kad OKU, maka individu terbabit akan terlepas daripada hukuman jenayah dilakukan.
KUALA LUMPUR — “Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) bukan lesen untuk bebas daripada hukuman, kecuali dia benar-benar tak waras ketika kejadian berlaku,” kata peguam, Mufarwa Farid.
Mufarwa berkata memiliki kad OKU tidak terlalu memberi makna (kelebihan) ketika berhadapan kes mahkamah.
Beliau menegaskan mempunyai kad OKU bukan lesen untuk membuat kesalahan jenayah apatah lagi sekiranya kad terbabit tiada kena mengena dengan tuduhan dikenakan ke atas tertuduh.
Katanya, kad OKU hanya boleh membantu dari sudut mengurangkan hukuman di mana ia menjadi satu mitigasi dan boleh jadi penyebab sesuatu hukuman dikurangkan sekiranya munasabah.
“Walaupun kad OKU ini bukan syarat melepaskan tertuduh, dalam kes-kes ketidakwarasan, dia boleh terlepas. Tapi, tak waras ini pun ada syarat iaitu kena tak waras pada masa dia lakukan kesalahan itu saja dan syarat-syarat lain yang amat ketat.
“Contohnya kalau tertuduh ada bipolar, mahkamah akan pastikan bipolar tu datang semasa dia lakukan kesalahan sahaja. Seperti yang kita tahu, penyakit tak waras ni bermacam-macam.
“Ada yang 24 jam tak waras. Ada yang tak waras sekejap-sekejap. Jadi, laporan pakar amatlah diperlukan untuk pastikan dia tak waras exactly pada waktu dia lakukan jenayah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
Beliau berkata demikian untuk memperbetulkan salah faham dalam kalangan masyarakat yang segelintirnya berpandangan sekiranya tertuduh mempunyai kad OKU, maka individu terbabit akan terlepas daripada hukuman jenayah dilakukan.
Ini susulan laporan berita terkait kes mahkamah membabitkan seorang lelaki yang didakwa menunggang motosikal melawan arus hingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal Ducati Panigale di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE).
Mahkamah Majistret dilaporkan mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak selepas tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
“Bila ada orang sesuka hati dakwa diri dia OKU, netizen ramai salah faham. Netizen fikir, ada kad OKU, lepas. Padahal tak lepas pun.
“Jadi, kasihan pada yang betul-betul OKU yang betul-betul ada penyakit atau kecacatan. Belum apa-apa lagi, dah kena cop penipu. Dah kena cop “dan-dan ada kad OKU”.
“Media pun sedap main-main isu OKU ini. Letak saja header “pemandu ada kad OKU”, memang ramai lah serbu komen,” katanya.
Pada 14 Jun lalu, media melaporkan penunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.
Dalam insiden itu, mangsa melanggar penghadang sebelah kiri jalan lalu terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter.
Motosikal ditunggang mangsa juga terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang.
Berikutan kemalangan itu, lelaki yang menunggang motosikal secara lawan arus menyebabkan kemalangan maut di SUKE tampil membuat laporan pada 16 Jun lalu. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Mufarwa Farid