Connect with us

Terkini

Kabinet setuju semak Akta Hasutan hanya lindungi institusi Raja – Azalina

Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi institusi Raja daripada sebarang provokasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kabinet setuju semak Akta Hasutan hanya lindungi institusi Raja – Azalina
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi institusi Raja daripada sebarang provokasi.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata aspek lain berkenaan provokasi membabitkan agama dan bangsa akan turut diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu.
  • “Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan ini digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi institusi Raja daripada sebarang provokasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata aspek lain berkenaan provokasi membabitkan agama dan bangsa akan turut diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu.

Katanya, ia penting mengenai keharmonian dan perpaduan negara dengan mengambil kira pandangan institusi Raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.

“Hari ini, saya membentangkan kepada Jemaah Menteri hasil Dialog Perundangan 3R yang diadakan pada 21 Julai 2023 dalam menangani isu provokasi membabitkan agama bangsa dan institusi Raja (3R) yang dihadiri wakil kementerian dan jabatan termasuk Kementerian Perpaduan Negara, badan peguam, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta ahli akademi.

“Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan ini digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *