Connect with us

Antarabangsa

Jurulatih PSG ditahan atas dakwaan perkauman dan islamofobia

Pengurus pasukan bola sepak Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier bersama anak lelakinya ditahan untuk siasatan berhubung dakwaan perkauman dan islamofobia pada 30 Jun lalu di Nice, Perancis.

Wartawan TMT

Published

on

Jurulatih PSG ditahan atas dakwaan perkauman dan islamofobia
Foto: Pengurus pasukan bola sepak Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier.
  • Pengurus pasukan bola sepak Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier bersama anak lelakinya ditahan untuk siasatan berhubung dakwaan perkauman dan islamofobia pada 30 Jun lalu di Nice, Perancis.
  • Menurut laporan Geo Super, kelab milik Qatar itu masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
  • Penahanan itu berlaku selepas penyiasatan dimulakan pada April lalu, berikutan komen perkauman dan Islamofobia dikeluarkan lelaki Perancis itu ketika dia membimbing OGC Nice pada musim 2021-2022.

Pengurus pasukan bola sepak Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier bersama anak lelakinya ditahan untuk siasatan berhubung dakwaan perkauman dan islamofobia pada 30 Jun lalu di Nice, Perancis.

Menurut laporan Geo Super, kelab milik Qatar itu masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Penahanan itu berlaku selepas penyiasatan dimulakan pada April lalu, berikutan komen perkauman dan Islamofobia dikeluarkan lelaki Perancis itu ketika dia membimbing OGC Nice pada musim 2021-2022.

Menerusi e-mel bocor bekas pengarah bola sepak Nice, Julien Fournier, Galtier dituduh mengatakan terdapat “terlalu ramai pemain kulit hitam dan Muslim” dalam skuad kelab itu.

“Dia (Galtier) memberitahu bahawa saya harus mengambil kira realiti di bandar itu dan sebenarnya, kita tidak sepatutnya mempunyai seramai orang kulit hitam dan Muslim dalam pasukan.

“Dia memberitahu saya, dia mahu menukar pembentukan pasukan secara mendalam dan mengehadkan bilangan maksimum orang Islam,” kata Fournier.

Galtier juga didakwa merungut tentang skuadnya mengatakan mereka adalah “pasukan sampah” di mana terdapat “hanya orang kulit hitam” dan “separuh daripada pasukan pergi ke masjid pada hari Jumaat”.

Advertisement

Bagaimanapun, pada bulan April lalu, sejurus selepas penyiasatan dilancarkan, peguam warga Perancis itu menafikan semua tuduhan yang menggelarnya sebagai rasis dan Islamofobia dengan mengatakan dia berasa “sakit hati” dengan tuduhan itu.

“Memandang tuduhan serius terhadapnya yang dinafikan dengan tegas, Christophe Galtier meminta peguamnya untuk memulakan prosiding kehakiman tanpa berlengah-lengah di mana perkara itu lebih perlu diambil berat, dan sejak perkara itu keluar, dia menjadi sasaran ancaman dan gangguan,” kata kenyataan itu.

Jurulatih PSG itu juga melancarkan saman fitnahnya sendiri terhadap Fournier dan wartawan yang menerbitkan dakwaannya.

Sumber: Geo Super

Author

Advertisement

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending