Terkini
Jangan tutup terus ruang perbincangan 3R – KJ
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) berpendapat rakyat Malaysia tidak boleh menutup langsung ruang perbincangan 3R (agama, raja dan kaum) ketika mengulas insiden-insiden 3R yang sedang berlaku menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

- Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) berpendapat rakyat Malaysia tidak boleh menutup langsung ruang perbincangan 3R (agama, raja dan kaum) ketika mengulas insiden-insiden 3R yang sedang berlaku menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
- Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dalam siaran Podcast Keluar Sekejap (KS) pada Selasa lalu berkata, ruang perbincangan 3R ini seharusnya dibuka secara sihat kerana sesetengah perkara itu merupakan isu komuniti yang wajar dibangkitkan untuk menyuarakan kebimbangan mereka.
- “Ada certain thing is the legitimate expectation of community sama ada komuniti melayu atau komuniti cina.
- “Dia nak bangkitkan isu berkaitan. Contoh tentang kaum dia, agama dia, sekolah jenis kebangsaan dan tempat ibadat,” kata Khairy.
- Menerusi sesi podcast sama, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan bersetuju dengan kenyataan KJ dan menggesa perbincangan 3R khususnya isu komuniti perlu dibawa ke arah yang lebih positif.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) berpendapat rakyat Malaysia tidak boleh menutup langsung ruang perbincangan 3R (agama, raja dan kaum) ketika mengulas insiden-insiden 3R yang sedang berlaku menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dalam siaran Podcast Keluar Sekejap (KS) pada Selasa lalu berkata, ruang perbincangan 3R ini seharusnya dibuka secara sihat kerana sesetengah perkara itu merupakan isu komuniti yang wajar dibangkitkan untuk menyuarakan kebimbangan mereka.
“Ada certain thing is the legitimate expectation of community sama ada komuniti melayu atau komuniti cina.
“Dia nak bangkitkan isu berkaitan. Contoh tentang kaum dia, agama dia, sekolah jenis kebangsaan dan tempat ibadat,” kata Khairy.
Beliau berkata perkara itu seharusnya dibangkitkan tanpa mengapi-apikan keadaan dan menyerang kaum atau kumpulan lain.
Menerusi sesi podcast sama, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan bersetuju dengan kenyataan KJ dan menggesa perbincangan 3R khususnya isu komuniti perlu dibawa ke arah yang lebih positif.
Shahril berkata rakyat Malaysia seharusnya mengingati kembali identiti dan jati diri nasional sebagai satu warganegara ketika berbincang isu 3R.
“Yes you do 3R stuff but on top of the three stuff, there needs to be national harmony or national consensus… yang mendefinisikan kita sebagai rakyat malaysia yang tiada kena mengena dengan isu kaum,” katanya.
Beliau turut menyifatkan kedudukan identiti nasional itu berada di kedudukan teratas daripada perihal perkauman.
Katanya, mungkin kesepakatan itu sukar untuk dicapai, namun identiti nasional ini mampu mengurangkan sedikit ketegangan dalam ruang perbincangan 3R. – The Merdeka Times
Sumber: Akaun Youtube Keluar Sekejap
