Terkini
Jangan guna teknologi maklumat untuk adu domba, sebar fitnah – Menteri Agama
Umat Islam harus bijak memanfaatkan teknologi maklumat dan tidak seharusnya cenderung kepada perkara negatif termasuk mengadu domba serta menyebarkan fitnah seterusnya membawa kepada perpecahan.

- Umat Islam harus bijak memanfaatkan teknologi maklumat dan tidak seharusnya cenderung kepada perkara negatif termasuk mengadu domba serta menyebarkan fitnah seterusnya membawa kepada perpecahan.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata sekiranya perkara itu dibiarkan berterusan, umat Islam akan terus berada dalam keadaan lemah.
- Katanya, berikutan itu umat Islam seharusnya menggunakan semangat Maal Hijrah ini untuk merapatkan kesatuan hati serta pemikiran untuk membina jati diri yang mantap.
- “Justeru, marilah kita semua berhijrah menjadi individu terbaik yang memberi manfaat kepada masyarakat. Jauhilah dari sikap berprasangka buruk terhadap sesama sendiri yang akhirnya akan menyemarakkan api permusuhan serta kebencian.
- “Semoga semangat Maal Hijrah menjadi pemangkin kepada semarak ikatan perpaduan sesama kita serta memakmur watan tercinta.
- “Dengan perpaduan dan kesatuan ummah ini akan terbentuklah masyarakat yang harmoni, dihormati lagi disegani, serta menjadi contoh kepada ummah sejagat,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Umat Islam harus bijak memanfaatkan teknologi maklumat dan tidak seharusnya cenderung kepada perkara negatif termasuk mengadu domba serta menyebarkan fitnah seterusnya membawa kepada perpecahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata sekiranya perkara itu dibiarkan berterusan, umat Islam akan terus berada dalam keadaan lemah.
Katanya, berikutan itu umat Islam seharusnya menggunakan semangat Maal Hijrah ini untuk merapatkan kesatuan hati serta pemikiran untuk membina jati diri yang mantap.
“Justeru, marilah kita semua berhijrah menjadi individu terbaik yang memberi manfaat kepada masyarakat. Jauhilah dari sikap berprasangka buruk terhadap sesama sendiri yang akhirnya akan menyemarakkan api permusuhan serta kebencian.
“Semoga semangat Maal Hijrah menjadi pemangkin kepada semarak ikatan perpaduan sesama kita serta memakmur watan tercinta.
“Dengan perpaduan dan kesatuan ummah ini akan terbentuklah masyarakat yang harmoni, dihormati lagi disegani, serta menjadi contoh kepada ummah sejagat,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri.
Lebih 6,000 tetamu dari dalam dan luar negara menghadiri Sambutan Maal Hijrah yang bertemakan Perpaduan Teras Malaysia Madani.
Sementara itu, Mohd Nai’im berkata, peristiwa hijrah ini seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua kerana asas kepada perpaduan ummah adalah kesatuan umat yang kuat dan jitu.
“Umat yang menjiwai makna kesatuan akan sentiasa terbuka minda, berlapang dada serta saling lengkap melengkapi dan menghormati antara satu sama lain.
“Sungguhpun hijrah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tidak berlaku lagi pada zaman ini, namun konsep penghijrahan tetap relevan untuk diterjemahkan dalam kehidupan.
“Oleh itu, umat Islam adalah diseru untuk melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
“Umat Islam perlu menguasai pelbagai disiplin ilmu untuk meneroka kejayaan dalam lapangan kehidupan. Sesungguhnya dengan ketabahan, kecekalan jua pengorbanan, umat Islam mampu untuk memberikan sumbangan bermakna bagi menjayakan agenda Membangun Malaysia Madani,” katanya.
Sumber: Berita Harian
