Connect with us

Antarabangsa

Ingkar peraturan hijab, pelakon terkenal Iran dijatuhi hukuman penjara dua tahun

Mahkamah Iran menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang pelakon terkenal di negara itu kerana tidak memakai hijab di khalayak ramai, lapor media tempatan semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ingkar peraturan hijab, pelakon terkenal Iran dijatuhi hukuman penjara dua tahun
Foto: Pelakon terkenal Iran, Afsaneh Bayegan.
  • Mahkamah Iran menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang pelakon terkenal di negara itu kerana tidak memakai hijab di khalayak ramai, lapor media tempatan semalam
  • “Afsaneh Bayegan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, digantung selama lima tahun, kerana memakai topi dan gagal mematuhi undang-undang hijab,” lapor agensi berita Fars dipetik WION.
  • Mahkamah juga mengarahkan Afsaneh hadir ke pusat psikologi setiap minggu “untuk merawat gangguan mental yang mempunyai personaliti anti-keluarga” dan “untuk menyerahkan sijil kesihatan selepas rawatannya”.

Mahkamah Iran menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang pelakon terkenal di negara itu kerana tidak memakai hijab di khalayak ramai, lapor media tempatan semalam.

“Afsaneh Bayegan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, digantung selama lima tahun, kerana memakai topi dan gagal mematuhi undang-undang hijab,” lapor agensi berita Fars dipetik WION.

Undang-undang Iran mewajibkan wanita menutup kepala dan leher mereka di khalayak ramai.

Mahkamah juga mengarahkan Afsaneh hadir ke pusat psikologi setiap minggu “untuk merawat gangguan mental yang mempunyai personaliti anti-keluarga” dan “untuk menyerahkan sijil kesihatan selepas rawatannya”.

Mahkamah juga melarang aktres itu daripada menggunakan media sosial dan meninggalkan Republik Islam selama dua tahun.

Pelakon berusia 61 tahun itu pernah muncul di majlis tayangan filem tanpa berhijab dan kemudian berkongsi gambar di media sosial.

Afsenah sebelum ini menyatakan sokongan terhadap protes tahun lalu yang dicetuskan ekoran kematian dalam tahanan polis warga Iran Kurd, Mahsa Amini, 22 tahun, yang ditangkap pada September lalu kerana didakwa melanggar kod berpakaian di Iran.

Sumber: WION

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *