Connect with us

Antarabangsa

China haramkan import makanan Jepun

Kastam China mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.

Wartawan TMT

Published

on

China haramkan import makanan Jepun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kastam China mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.
  • Penyaluran air terkumpul Jepun, yang dirancang selama beberapa dekad, dari kemudahan nuklear Fukushima yang musnah itu sudah diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai memenuhi piawaian global.
  • Kementerian Luar China semalam berkata laporan IAEA tidak boleh digunakan sebagai ‘lampu hijau’ bagi pelan pelepasan air dengan memberi amaran mengenai risiko yang tidak diketahui kepada kesihatan manusia.
  • Pihak berkuasa kastam China berkata pihaknya akan mengharamkan import bahan makanan dari sepuluh wilayah Jepun termasuk Fukushima kerana kebimbangan keselamatan serta menjalankan ujian radiasi yang ketat pada makanan dari seluruh Jepun.
  • “Kastam China akan mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di aplikasi WeChat, tanpa menyatakan senarai wilayah Jepun yang terjejas oleh larangan itu.

BEIJING – Kastam China mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.

Penyaluran air terkumpul Jepun, yang dirancang selama beberapa dekad, dari kemudahan nuklear Fukushima yang musnah itu sudah diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai memenuhi piawaian global.

Pelepasan itu dijangka bermula pada musim panas ini tetapi ditentang beberapa jiran serantau termasuk Beijing yang secara lantang mengecam rancangan itu terutama dalam kalangan komuniti nelayan yang takut pelanggan enggan membeli tangkapan mereka.

Kementerian Luar China semalam berkata laporan IAEA tidak boleh digunakan sebagai ‘lampu hijau’ bagi pelan pelepasan air dengan memberi amaran mengenai risiko yang tidak diketahui kepada kesihatan manusia.

Pihak berkuasa kastam China berkata pihaknya akan mengharamkan import bahan makanan dari sepuluh wilayah Jepun termasuk Fukushima kerana kebimbangan keselamatan serta menjalankan ujian radiasi yang ketat pada makanan dari seluruh Jepun.

“Kastam China akan mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di aplikasi WeChat, tanpa menyatakan senarai wilayah Jepun yang terjejas oleh larangan itu.

Kira-kira 1.33 juta meter padu air bawah tanah, air hujan dan air yang digunakan untuk penyejukan sudah dikumpulkan di tapak Fukushima yang sedang ditamatkan operasi selepas beberapa reaktor mengalami keruntuhan susulan tsunami 2011 yang merosakkan loji itu dengan teruk.

Operator loji TEPCO merawat air melalui sistem pemprosesan ALPS bagi membuang hampir semua unsur radioaktif kecuali tritium dan merancang untuk mencairkannya sebelum membuangnya ke lautan secara beransur-ansur selama beberapa dekad.

China hari ini turut memaklumkan Jepun masih mempunyai banyak masalah dari segi kesahihan lambakan lautan, kebolehpercayaan peralatan pembersihan serta kesempurnaan rancangan pemantauan. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending