Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Bapa berang doktor persoal jantina anak yang jelas lelaki

Seorang bapa berang apabila seorang doktor mempersoalkan jantina anaknya yang jelas-jelas seorang lelaki ketika pemeriksaan fizikal yang dipercayai berlaku di Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Bapa berang doktor persoal jantina anak yang jelas lelaki
Foto: Tangkap layar video bapa kepada seorang lelaki yang dipersoal jantina oleh doktor (kiri).

Seorang bapa berang apabila seorang doktor mempersoalkan jantina anaknya yang jelas-jelas seorang lelaki ketika pemeriksaan fizikal yang dipercayai berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Doktor itu dikatakan bertanya sama ada anaknya mengenal pasti diri sebagai seorang lelaki, perempuan, gender-fluid (mengubah suai jantina dari semasa ke semasa) atau non-binary (tidak berjantina).

Kesal dengan perkara itu, dia kemudian membuat satu hantaran video di Tiktok meluahkan betapa panas hatinya sejurus mengetahui yang dua anaknya itu terpaksa berhadapan soalan sebegitu.

Katanya menerusi video itu, dia mempunyai dua anak, masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun.

Kedua-dua anaknya itu dibawa isterinya berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi tujuan kemasukan sekolah, penyertaan sukan dan sebagainya.

“Anak lelaki saya yang berusia sembilan tahun masuk dahulu, dan perkara pertama ditanya oleh wanita (doktor) itu ialah sama dia mengenal pasti dirinya sebagai lelaki, perempuan, gender-fluid atau non-binary.

“Anak lelaki saya tidak pernah mendengar langsung perkara mengarut itu sebelum ini. Kamu mengendalikannya sepanjang hidup kamu. Jelas dia adalah seorang lelaki,” katanya.

Dia turut mempersoalkan apakah terdapat percubaan untuk “menanam benih di dalam minda” anak-anaknya.

“Perkara ini mengarut, dan kepada sesiapa di luar sana yang beranggapan ianya bukan satu masalah dan saya hanya seorang transfobik dan sebagainya, anda yang sebenarnya telah rosak.

“Ini merepek, dan ada sesuatu yang tidak kena dengan anda,” katanya.

Video itu kini meraih 1.4 juta tontonan dengan lebih 153,000 tanda suka serta lebih 23,500 komen hanya selepas tiga hari dimuat naik.

Memetik laporan Daily Mail, video itu turut dikongsikan di Twitter oleh Sarah Fields selaku Presiden Texas Freedom Coalition.

“Inilah sebabnya saya amalkan persekolahan di rumah dan mengapa saya berkorban untuk membayar pengamal keluarga persendirian.

“Dunia telah hilang akal. Saya berkongsi videonya di sini kerana saya sudah tahu videonya akan diturunkan di TikTok,” kata Sarah.

Dalam masa yang sama, video itu juga turut mendapat perhatian pemilik Twitter, Elon Musk.

Elon dilihat membalas ciapan video berkenaan dengan berkata “masanya untuk ibu bapa melawan”.

Sumber: Tiktok @JoToJaVin , Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *