Connect with us

Terkini

Bahan penerbitan berunsur politik tidak boleh disebar dalam masjid, surau

Masih terdapat pentadbir masjid dan surau membenarkan bahan penerbitan berunsur politik disebar di kawasan masjid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bahan penerbitan berunsur politik tidak boleh disebar dalam masjid, surau
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata berdasarkan pemerhatian jabatan itu, terdapat juga pentadbir masjid dan surau membiarkan tokoh politik menggunakan kawasan rumah ibadat orang Islam untuk tujuan politik.
  • “Tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjelang proses PRN dengan mengedar terbitan atau bahan bercetak berunsur politik dan berpolitik di masjid dan surau adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan MAIS.
  • “Adalah diingatkan, Sultan Selangor sejak tahun 2018 bertitah agar masjid dan surau menjadi tempat beribadat yang aman dan sejahtera serta tidak dipolitikkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

SHAH ALAM – Masih terdapat pentadbir masjid dan surau membenarkan bahan penerbitan berunsur politik disebar di kawasan masjid.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata berdasarkan pemerhatian jabatan itu, terdapat juga pentadbir masjid dan surau membiarkan tokoh politik menggunakan kawasan rumah ibadat orang Islam untuk tujuan politik.

Beliau berkata, ia perbuatan yang jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengekalkan masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Justeru, katanya, pentadbir masjid dan surau seluruh negeri ini diingatkan untuk mempertingkatkan kawalan dan menguatkuasakan kesemua larangan yang ditetapkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos depan.

“Tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjelang proses PRN dengan mengedar terbitan atau bahan bercetak berunsur politik dan berpolitik di masjid dan surau adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan MAIS.

“Adalah diingatkan, Sultan Selangor sejak tahun 2018 bertitah agar masjid dan surau menjadi tempat beribadat yang aman dan sejahtera serta tidak dipolitikkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Shahzihan berkata, sebarang tindakan yang bersifat menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atau arahan MAIS, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Pegawai masjid juga boleh dibatalkan pelantikannya oleh MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f), Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) 2017,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *