Terkini
Apa hak PM buat undang-undang sendiri ? – Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggubal undang-undang sendiri susulan keputusan kerajaan menyemak semula Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
- Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggubal undang-undang sendiri susulan keputusan kerajaan menyemak semula Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
- Dr Mahathir berkata kerajaan sebelum ini sudah pun mengambil tindakan terhadap pesalah yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R).
- “Adakah Perdana Menteri berhak membuat undang-undang sendiri. Bahagian mana dalam perlembagaan memberikan Perdana Menteri kuasa ini?” soalnya dalam Twitternya, hari ini.
- Semalam, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi institusi Raja daripada sebarang provokasi.
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggubal undang-undang sendiri susulan keputusan kerajaan menyemak semula Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Dr Mahathir berkata kerajaan sebelum ini sudah pun mengambil tindakan terhadap pesalah yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R).
“Adakah Perdana Menteri berhak membuat undang-undang sendiri.
“Bahagian mana dalam perlembagaan memberikan Perdana Menteri kuasa ini?” soalnya dalam Twitternya, hari ini.
Semalam, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi institusi Raja daripada sebarang provokasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, aspek lain berkenaan provokasi membabitkan agama dan bangsa akan turut diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu.
Katanya, ia penting mengenai keharmonian dan perpaduan negara dengan mengambil kira pandangan institusi Raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) akan mengambil langkah sewajarnya dalam menyemak secara terperinci akta berkenaan.
BH sebelum ini melaporkan, dua bekas Menteri Undang-Undang sependapat bahawa Akta Hasutan 1948 perlu terus dikekalkan, khususnya bagi melindungi institusi diraja daripada diperlekeh dan dihina.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Akta Hasutan tidak wajar dimansuhkan selagi perkara dan nilai bawah undang-undang itu masih perlu dilindungi serta dipertahankan.
Bekas Menteri Undang-Undang, Tan Sri Syed Hamid Albar pula percaya hanya Akta Hasutan sesuai digunakan untuk menyekat ahli dan parti politik daripada menggunakan isu 3R (Raja, kaum dan agama) secara keterlaluan.
Bagaimanapun, beliau berpandangan Akta Hasutan perlu dipinda bagi memastikan undang-undang itu digunakan secara adil dan tidak menzalimi mana-mana pihak.
Sumber: Berita Harian