Connect with us

Terkini

Anwar terpaksa ikut manifesto DAP jadikan Malaysia negara sekular, dakwa Tun M

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa terpaksa mengikut manifesto DAP dengan menggantikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kepada negara sekular.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar terpaksa ikut manifesto DAP jadikan Malaysia negara sekular, dakwa Tun M
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa terpaksa mengikut manifesto DAP dengan menggantikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kepada negara sekular.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah mendakwa, Anwar terpaksa tunduk kepada manifesto DAP memandangkan parti itu mendominasi Kerajaan Perpaduan hari ini.
  • “Ya. DAP cuma ada empat Menteri. Tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli Parlimen DAP. Jika DAP tarik diri Kerajaan Anwar akan jatuh.
  • “Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khususnya menjadikan Tanah Melayu negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.
  • “Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” kata Dr Mahathir dalam kenyataan pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa terpaksa mengikut manifesto DAP dengan menggantikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kepada negara sekular.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah mendakwa, Anwar terpaksa tunduk kepada manifesto DAP memandangkan parti itu mendominasi Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Ya. DAP cuma ada empat Menteri. Tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli Parlimen DAP. Jika DAP tarik diri Kerajaan Anwar akan jatuh.

“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khususnya menjadikan Tanah Melayu negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.

“Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” kata Dr Mahathir dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gelugor, Mohd Huzaidi Mohd Hussin yang sebelum ini berharap Dr Mahathir berhenti daripada memainkan sentimen melibatkan perkauman.

Katanya tindakan pemimpin itu mendakwa DAP mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mempergunakan orang Melayu demi kepuasan sendiri.

Advertisement

Mengulas lanjut, beliau berkata dakwaan Tun Mahathir juga tidak berasas kerana pada ketika ini Kabinet Kerajaan Perpaduan hanya dibarisi empat pemimpin DAP.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata pengaruh DAP dalam Kerajaan Perpaduan amat kuat dan menurutnya lagi ini ekoran peratusan keluar mengundi sebanyak 95 peratus adalah dalam kalangan pengundi Cina.

Pun begitu, bekas Ahli Parlimen Langkawi menjelaskan beliau hanya menyuarakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

“Apakah mempertahankan Perlembagaan Malaysia menyalahi undang-undang.

“Kata Ketua Penerangan UMNO Bukit Gelugor bekas Perdana Menteri Tun Mahathir (perlu) berhenti daripada memainkan sentimen melibatkan perkauman. Kerajaan sekarang mendakwa Malaysia adalah negara demokratik. Kononnya ada kebebasan bersuara,” katanya.

Sebaliknya, tegas Dr Mahathir perkara yang bertentangan Perlembagaan ialah mempromosi negara berbilang bangsa.

Advertisement

“Apakah Kerajaan sekarang menolak the Rule of Law, termasuk Perlembagaan Malaysia yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

“Sebaliknya Perlembagaan menekankan Ke-Melayuan Malaysia,” ujar beliau.

Sumber: Suara TV

 

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending