Antarabangsa
Alkohol dan daging ‘bacon’ yang diproses tingkatkan risiko kanser perut
Perkaitan antara memakan daging proses seperti ‘bacon’ dan pengambilan minuman beralkohol menunjukkan perkaitan kuat menyumbang kepada kanser perut.
- Perkaitan antara memakan daging proses seperti ‘bacon’ dan pengambilan minuman beralkohol menunjukkan perkaitan kuat menyumbang kepada kanser perut.
- Hasil kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) diterbitkan pada 2016 itu mendapati individu yang memakan 50g daging proses sehari, bersamaan dengan dua keping daging, meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser perut.
- Menurut laporan Independent, peningkatan risiko yang sama turut berlaku bagi mereka yang meminum tiga gelas dan ke atas, minuman beralkohol dalam sehari.
- Contoh daging-daging yang diproses pula termasuk dan tidak terhad kepada ham, bacon, pastrami, salami, hot dog dan sosej.Lebih 7,000 individu didiagnosis dengan kanser perut setiap tahun di UK, yang menyumbang kepada 5,000 kematian.
Perkaitan antara memakan daging proses seperti ‘bacon’ dan pengambilan minuman beralkohol menunjukkan perkaitan kuat menyumbang kepada kanser perut.
Hasil kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) diterbitkan pada 2016 mendapati individu yang memakan 50g daging proses sehari, bersamaan dengan dua keping daging, meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser perut.
Menurut laporan Independent, peningkatan risiko yang sama turut berlaku bagi mereka yang meminum tiga gelas dan ke atas, minuman beralkohol dalam sehari.
Penakrifan daging yang diproses di dalam laporan itu juga dijelaskan sebagai “daging yang telah melalui proses salai, penggaraman atau dengan penambahan bahan pengawet.
Contoh daging-daging yang diproses pula termasuk dan tidak terhad kepada ham, bacon, pastrami, salami, hot dog dan sosej.
Ketua Penafsiran Penyelidikan WCRF, Dr Rachel Thompson ketika penerbitan laporan itu berkata “bukti ini memberi kita gambaran yang lebih jelas.”
“Kini boleh dikatakan buat pertama kalinya bahawa, meminum alkohol, memakan daging yang diproses, dengan berat badan berlebihan, semuanya boleh meningkatkan risiko mendapat kanser perut”.
Lebih 7,000 individu didiagnosis dengan kanser perut setiap tahun di UK yang menyumbang kepada 5,000 kematian.
Hasil kajian itu diharapkan dapat membantu orang ramai memahami risiko kanser agar keputusan yang bijak dapat dibuat berkenaan keputusan cara hidup.
Sumber: Independent