Connect with us

Antarabangsa

16 pekerja maut terkena renjatan elektrik di India

Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

16 pekerja maut terkena renjatan elektrik di India
Foto: Gambar ketika mangsa terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India dikejarkan ke hospital.
  • Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.
  • Kebanyakan mereka sedang bekerja di tapak projek “Namami Gange” di tebing sungai Alaknanda di daerah Chamoli, menurut laporan media tempatan.
  • Mangsa maut termasuk seorang pegawai polis dan tiga anggota Home Guard.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.

Kebanyakan mereka sedang bekerja di tapak projek “Namami Gange” di tebing sungai Alaknanda di daerah Chamoli, menurut laporan media tempatan.

Mangsa yang maut termasuk seorang pegawai polis dan tiga anggota Home Guard.

Beberapa orang lagi turut cedera di loji rawatan kumbahan itu, menurut laporan itu.

“Arahan siasatan berhubung kejadian telah dikeluarkan,” kata ketua menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *