Connect with us

Antarabangsa

Zionis tingkat serangan di Tebing Barat, tiga rakyat Palestin maut serangan dron

Tiga terbunuh dalam serangan dron Tebing Barat oleh tentera Israel, ketika keganasan di wilayah bergolak itu meningkat dengan sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin dan empat warga Israel terbunuh minggu ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Zionis tingkat serangan di Tebing Barat, tiga rakyat Palestin maut serangan dron
Foto: Gambar keadaan kenderaan kerana serangan dron Tebing Barat oleh tentera Israel di Tebing Barat.
  • Tiga terbunuh dalam serangan dron Tebing Barat oleh tentera Israel, ketika keganasan di wilayah bergolak itu meningkat dengan sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin dan empat warga Israel terbunuh minggu ini.
  • Tentera Israel melancarkan serangan selepas seorang lelaki Palestin terbunuh Rabu lalu selepas sebuah perkampungan di Tebing Barat yang diduduki diserang ratusan warga Israel.
  • Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Roub, berkata terdapat tiga mayat yang anggota badan terputus berada dalam kenderaan itu, memetik maklumat daripada anggota bomba yang dihantar untuk memadamkan kebakaran kenderaan itu.

TURMUS’AYYA: Tiga terbunuh dalam serangan dron Tebing Barat oleh tentera Israel, ketika keganasan di wilayah bergolak itu meningkat dengan sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin dan empat warga Israel terbunuh minggu ini.

Tentera Israel melancarkan serangan selepas seorang lelaki Palestin terbunuh Rabu lalu selepas sebuah perkampungan di Tebing Barat yang diduduki diserang ratusan warga Israel.

Risikan diketuai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengenal pasti ‘kumpulan suspek’ dalam kenderaan yang mencurigakan, selepas kumpulan itu melepaskan tembakan bersebelahan dengan bandar Jalamah, berhampiran Jenin di utara Tebing Bar

“Selepas pengecaman berlaku, Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) IDF melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu,” menurut kenyataan tentera.

Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Roub, berkata terdapat tiga mayat yang anggota badan terputus berada dalam kenderaan itu, memetik maklumat daripada anggota bomba yang dihantar untuk memadamkan kebakaran kenderaan itu.

Terdahulu, penduduk Turmus Ayya meletakkan jumlah peneroka Israel yang terbabit dalam serangan ke atas kampung mereka antara 200 dan 300 orang, manakala wartawan AFP melihat rumah terbakar, bangunan dan orang yang cedera dipindahkan dengan ambulans.

Tindak balas itu berlaku beberapa jam selepas majlis pengebumian untuk seorang remaja, Nahman Mordof,17, yang terbunuh akibat tembakan Palestin yang menyasarkan warga Israel berdekatan.

Sementara itu, Datuk Bandar Turmus Ayya, Lafi Adeeb, berkata 35 rumah rosak, kira-kira 50 kereta dan tanah ladang dibakar.

Di Jenin, seorang remaja perempuan Palestin, Sadil Naghnaghiya, 15, turut dikebumikan selepas terbunuh dalam serbuan tentera Israel di bandar itu Isnin lalu.

Enam lagi rakyat Palestin, termasuk seorang budak lelaki berusia 15 tahun terbunuh dalam serbuan itu.

Satu kenyataan dari pejabat Netanyahu berkata, kerajaan akan mempercepatkan pengembangan penempatan di Eli sebagai tindak balas serangan terhadap Israel.

Lonjakan keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin setakat tahun ini sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 174 rakyat Palestin, 25 warga Israel dan masing-masing seorang Ukraine serta warga Itali. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *