Antarabangsa
Undang-undang anti-LGBTQ, AS kenakan sekatan perjalanan ke atas pegawai Uganda
Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekatan perjalanan ke atas pegawai-pegawai Uganda berikutan pemeteraian undang-undang anti-LGBTQ di negara Afrika itu, bulan lalu.
- Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekatan perjalanan ke atas pegawai-pegawai Uganda berikutan pemeteraian undang-undang anti-LGBTQ di negara Afrika itu bulan lalu.
- Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller pada Jumaat lalu berkata, tindakan AS merupakan tindak balas pelanggaran hak asasi manusia dan korupsi.
- Dalam kenyataan Matthew itu, tiada informasi lanjut secara spesifik menyebut nama individu yang dikenakan limitasi ditetapkan AS itu.
- Undang-undang itu dikritik kerana adanya peruntukan hukuman mati bagi “homoseksual melampau” misalnya perlakuan menyebabkan penyebaran HIV melalui hubungan sejenis.
Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekatan perjalanan ke atas pegawai-pegawai Uganda berikutan pemeteraian undang-undang anti-LGBTQ di negara Afrika itu, bulan lalu.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller pada Jumaat lalu berkata, tindakan AS merupakan tindak balas kepada pelanggaran hak asasi manusia dan korupsi, lapor Al-Jazeera.
Dalam kenyataan Matthew itu, tiada informasi lanjut secara spesifik menyebut nama individu yang dikenakan limitasi ditetapkan AS itu.
Merujuk kepada Akta Anti-Homoseksual 2023 Uganda, Jabatan Negara AS juga mengemaskini panduan perjalanan yang menyatakan risiko warga AS ke negara itu.
Ia termasuk penyataan risiko individu LGBTQI+ boleh didakwa, dipenjara seumur hidup atau dikenakan hukuman mati mengikut peruntukan undang-undang Uganda.
Homoseksual sememangnya dilarang dari dulu lagi bagi kebanyakan negara konservatif yang menjaga pengamalan agama mereka di kebanyakan agama timur Afrika.
Undang-undang terbaru itu juga mengenakan denda kepada media dan organisasi atau badan bukan kerajaan yang didapati mempromosikan aktiviti LGBTQ.
Undang-undang itu dikritik kerana adanya peruntukan hukuman mati bagi “homoseksual melampau” misalnya perlakuan menyebabkan penyebaran HIV melalui hubungan sejenis.
Sumber: Al Jazeera