Connect with us

Antarabangsa

Turkiye, Nigeria dan India mungkin tutup Twitter

Pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey, memberi amaran platform media sosial itu berisiko untuk ditutup di India, Nigeria dan Turkiye.

Wartawan TMT

Published

on

Turkiye, Nigeria dan India mungkin tutup Twitter
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey, memberi amaran platform media sosial itu berisiko untuk ditutup di India, Nigeria dan Turkiye.
  • Tindakan itu tidak akan diteruskan jika Twitter mematuhi arahan untuk menyekat peranan wartawan dan penunjuk perasaan dalam platform berkenaan di tiga negara terbabit.
  • Dorsey berhenti daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twitter pada 2021 sebelum rangkaian media sosial itu dibeli oleh bilionair Elon Musk pada 2022.

WASHINGTON: Pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey, memberi amaran platform media sosial itu berisiko untuk ditutup di India, Nigeria dan Turkiye.

Tindakan itu tidak akan diteruskan jika Twitter mematuhi arahan untuk menyekat peranan wartawan dan penunjuk perasaan dalam platform berkenaan di tiga negara terbabit.

Dorsey berhenti daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twitter pada 2021 sebelum rangkaian media sosial itu dibeli oleh bilionair Elon Musk pada 2022.

Katanya, India merupakan negara yang paling banyak menggunakan Twitter bagi menyalurkan bantahan terhadap kerajaan.

“Pelbagai golongan menyalurkan bantahan mereka menggunakan Twitter di India, bermula dari golongan petani sehinggalah wartawan yang lantang mengkritik kerajaan,” ujar Dorsey.

Kumpulan petani India menamatkan protes selama setahun pada akhir 2021 selepas memenangi pampasan daripada kerajaan.

Demonstrasi petani itu merupakan antara yang terbesar dihadapi kerajaan India di bawah pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi.

Selain itu, Dorsey memberitahu, tekanan sama turut diterima daripada kerajaan di Turkiye dan Nigeria yang menyekat Twitter di negara mereka pada tahap berbeza selama beberapa tahun, sebelum menarik semula larangan tersebut.

Nigeria sebelum ini menggantung Twitter pada 2021 selepas ia menurunkan muat naik daripada jawatan Presiden ketika itu, Muhammadu Buhari, yang mengancam untuk menghukum puak pemisah di rantau itu.

Namun, larangan itu ditarik semula pada awal tahun lalu selepas Twitter bersetuju untuk membuka pejabat tempatan, hasil perjanjian dengan pihak berkuasa.

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending