Connect with us

Terkini

Terpengaruh iklan kerja kosong di media sosial punca rakyat Malaysia terperangkap

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan kerja kosong melalui platform media sosial yang menawarkan gaji lumayan yang menjadi antara punca mereka ‘terperangkap’ di luar negara.

Wartawan TMT

Published

on

Terpengaruh iklan kerja kosong di media sosial punca rakyat Malaysia terperangkap
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan kerja kosong melalui platform media sosial yang menawarkan gaji lumayan yang menjadi antara punca mereka ‘terperangkap’ di luar negara.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tidak mahu perkara yang berlaku kepada Chong Sum Yee, 22, warga Malaysia yang hilang di Chiang Mai, Thailand berulang.
  • Katanya insiden itu mencetuskan kegusaran sehingga memaksa ibu bapa mangsa membuat laporan polis meminta bantuan mangsa diselamatkan.
  • “Apabila mereka telah sampai ke sana (ke negara berkenaan) didapati keadaan mereka lalui tidak sama seperti mereka diberitahu, jadi daripada situlah kemudiannya ada yang sempat menghubungi pihak polis.
  • “Saya minta ibu tersebut menghubungi pihak polis, daripada membuat kenyataan media dan media tanya menteri. Biar identiti anaknya, di mana dia pergi, dengan siapa, itu penting maklumat disampaikan kepada pihak polis,” ketika melawat pembinaan jambatan di Kampung Sungai Ular di Kulim pada Ahad.

KULIM: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan kerja kosong melalui platform media sosial yang menawarkan gaji lumayan yang menjadi antara punca mereka ‘terperangkap’ di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tidak mahu perkara yang berlaku kepada Chong Sum Yee, 22, warga Malaysia yang hilang di Chiang Mai, Thailand berulang.

Katanya insiden itu mencetuskan kegusaran sehingga memaksa ibu bapa mangsa membuat laporan polis meminta bantuan mangsa diselamatkan.

“Apabila mereka telah sampai ke sana (ke negara berkenaan) didapati keadaan mereka lalui tidak sama seperti mereka diberitahu, jadi daripada situlah kemudiannya ada yang sempat menghubungi pihak polis.

“Saya minta ibu tersebut menghubungi pihak polis, daripada membuat kenyataan media dan media tanya menteri. Biar identiti anaknya, di mana dia pergi, dengan siapa, itu penting maklumat disampaikan kepada pihak polis.

“Di Bukit Aman kita ada bahagian khas kita panggil Atipsom (Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran) yang khusus untuk menguruskan kes-kes orang hilang macam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat pembinaan jambatan di Kampung Sungai Ular di Kulim pada Ahad.

Advertisement

Saifuddin Nasution berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tentang kes kehilangan wanita itu dan setakat ini beliau belum menerima maklumat perkembangan semasa mengenai kes itu.

Semalam Astro AWANI melaporkan ibu kepada Chong Sum Yee, tidak mempercayai video anaknya itu mendakwa dirinya selamat dan sihat.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah melawat tapak projek menggantikan jambatan di kawasan Kampung Sungai Ular.

Saifuddin Nasution berkata projek menggantikan jambatan itu menelan belanja sebanyak RM9.3 juta dan dijangkakan siap pada Oktober 2024.

Beliau berkata projek itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Sungai Ular sekali gus menambah baik aliran trafik.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending