Antarabangsa
Suspek serangan pisau di Perancis didakwa atas cubaan membunuh
Pelarian Syria yang ditahan dalam kejadian menikam enam orang termasuk empat kanak-kanak di bandar ini didakwa atas tuduhan ‘cubaan membunuh’, kata seorang pendakwa raya, Sabtu lepas.
- Pelarian Syria ditahan dalam kejadian menikam enam orang termasuk empat kanak-kanak di bandar ini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, kata seorang pendakwa raya.
- Line Bonnet-Mathi berkata sepanjang 48 jam, Abdalmasih H dalam tahanan polis serta ketika dibawa ke mahkamah, dia enggan bercakap.
- Katanya, suspek juga tidak mahu bercakap ketika disoal majistret yang mengetuai siasatan.
- Pada Khamis lalu, beliau berkata, mangsa serangan di taman permainan di bandar tepi tasik indah yang popular dengan pelancong tidak lagi berada dalam keadaan mengancam nyawa.
ANNECY, Perancis: Pelarian Syria yang ditahan dalam kejadian menikam enam orang termasuk empat kanak-kanak di bandar ini didakwa atas tuduhan ‘cubaan membunuh’, kata seorang pendakwa raya, Sabtu lepas.
Line Bonnet-Mathi berkata sepanjang 48 jam, Abdalmasih H dalam tahanan polis serta ketika dibawa ke mahkamah, dia enggan bercakap.
Katanya, suspek juga tidak mahu bercakap ketika disoal majistret yang mengetuai siasatan.
Selepas dua penilaian psikiatri, Abdalmasih H dianggap ‘serasi dengan tahanan polis’.
Tambahnya, doktor turut menentukannya tidak mengalami sebarang isu khayal.
Bagaimanapun, Bonnet-Mathi berkata, masih terlalu awal untuk mendiagnosis atau menolak patologi psikologi lain pada tahap ketika ini.
Pada Khamis lalu, beliau berkata, mangsa serangan di taman permainan di bandar tepi tasik indah yang popular dengan pelancong tidak lagi berada dalam keadaan mengancam nyawa.
Kanak-kanak berusia antara 22 bulan dan tiga tahun itu pada mulanya dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius manakala seorang dewasa turut parah dan seorang lagi cedera ringan.
Sumber: Berita harian