Terkini
SUHAKAM perlu jelas tujuan dana asing EU diberi – Peguam
Penerimaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU) oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu diperhalusi kerana dikhuatiri ada tujuan lain selain untuk pendidikan dan kesedaran.

- Penerimaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU) oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu diperhalusi kerana dikhuatiri ada tujuan lain selain untuk pendidikan dan kesedaran.
- Peguam, Aidil Khalid berkata peruntukan di bawah Seksyen 11 (2) Akta SUHAKAM menyatakan badan itu tidak boleh menerima apa-apa dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran.
- “Adakah pendidikan dan kesedaran ini untuk betul-betul mengangkat hak asasi manusia yang berasaskan perlembagaan kita atau juga acuan tempatan, ataupun akan menyusup masuk ideologi-ideologi atau fahaman-fahaman yang asing atau bertentangan dengan prinsip negara kita,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui selepas sidang media gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA), semalam.
- The Merdeka Times sebelum ini melaporkan kemelut melanda SUHAKAM yang didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing, termasuk dari EU.
KUALA LUMPUR – Penerimaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU) oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu diperhalusi kerana dikhuatiri ada tujuan lain selain untuk pendidikan dan kesedaran.
Peguam, Aidil Khalid berkata peruntukan di bawah Seksyen 11 (2) Akta SUHAKAM menyatakan badan itu tidak boleh menerima apa-apa dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran.
“Adakah pendidikan dan kesedaran ini untuk betul-betul mengangkat hak asasi manusia yang berasaskan perlembagaan kita atau juga acuan tempatan, ataupun akan menyusup masuk ideologi-ideologi atau fahaman-fahaman yang asing atau bertentangan dengan prinsip negara kita,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times selepas sidang media gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA), semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu penerimaan dana asing oleh SUHAKAM yang menjadi polemik ramai ketika ini.
Beliau berkata, ketika ini, terdapat kerisauan mengenai pendidikan dan kesedaran bersifat asing dan tidak membawa ke arah hak asasi manusia seperti dalam perlembagaan negara mengikut acuan tempatan.
“Pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM yang dilantik itu perlu memainkan peranan,” katanya.
Beliau berkata pesuruhjaya SUHAKAM terbabit perlu tahu tujuan apa dana asing itu diberikan.
Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera jika ia didapati menyalahi Akta SUHAKAM.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan kemelut melanda SUHAKAM yang didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing, termasuk dari EU. – The Merdeka Times
