Terkini
Sokong PN, Gerakan janji peruntukan tetap untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyeru pengundi Cina menyokong Perikatan Nasional (PN) supaya Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat peruntukan dana tetap.
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyeru pengundi Cina menyokong Perikatan Nasional (PN) supaya Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat peruntukan dana tetap.
- Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong dipetik Oriental Daily sebagai berkata, “Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying dari Parti Tindakan Demokratik bertanggungjawab mewakili SMPC untuk memohon dana tetap daripada Menteri Pendidikan”.
- Menyeru rakyat menyokong PN, beliau berkata hanya dengan usaha Parti Gerakan yang berpegang kepada prinsip, SMPC akan mendapat peruntukan dana.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyeru pengundi Cina menyokong Perikatan Nasional (PN) supaya Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat peruntukan dana tetap.
Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong dipetik Oriental Daily sebagai berkata, “Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying dari Parti Tindakan Demokratik bertanggungjawab mewakili SMPC untuk memohon dana tetap daripada Menteri Pendidikan”.
Tong Keong berkata perkara itu perlu diinstitusikan dałam sistem Kementerian Pendidikan bagi menjamin peruntukan dana untuk SMPC supaya sekolah-sekolah itu boleh membuat perancangan pengurusan dan pembangunan yang lebih baik.
“Masyarakat Cina perlu memohon dan berjuang untuk mendapatkan dana setiap tahun. Ia adalah kerja yang sangat sukar, dan tidak tahu sama ada akan mendapat dana pada tahun hadapan,” katanya.
Tong Keong berkata SMPC telah memupuk ramai bakat berkualiti tinggi untuk negara, berkhidmat untuk negara dalam pelbagai bidang dan meningkatkan daya saing negara.
Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mengiktiraf sumbangan SMPC dan memperuntukkan dana tetap.
Menyeru rakyat menyokong PN, beliau berkata hanya dengan usaha Parti Gerakan yang berpegang kepada prinsip, SMPC akan mendapat peruntukan dana.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan tidak akan memberi peruntukan dana tetap tahunan kepada SPMC. – The Merdeka Times