Antarabangsa
Serangan udara Israel di Lubnan bunuh lima pejuang Palestin
Sekurang-kurangnya lima pejuang Palestin terbunuh, manakala 10 yang lain cedera dalam serangan udara tentera pengganas Israel di timur Lubnan, semalam.
- Sekurang-kurangnya lima pejuang Palestin terbunuh, manakala 10 yang lain cedera dalam serangan udara tentera pengganas Israel di timur Lubnan, semalam.
- Jurucakap Barisan Depan Untuk Pembebasan Palestin – Pemerintahan Awam (PFLP-GC), Anwar Raja berkata, serangan dilancarkan Israel menyasarkan kubu kumpulan itu di bandar Qusaya, timur Lubnan berhampiran sempadan Syria.
- “Dua daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
DAMSYIK – Sekurang-kurangnya lima pejuang Palestin terbunuh, manakala 10 yang lain cedera dalam serangan udara tentera pengganas Israel di timur Lubnan, semalam.
Jurucakap Barisan Depan Untuk Pembebasan Palestin – Pemerintahan Awam (PFLP-GC), Anwar Raja berkata, serangan dilancarkan Israel menyasarkan kubu kumpulan itu di bandar Qusaya, timur Lubnan berhampiran sempadan Syria.
“Dua daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
PFLP-GC mempunyai kubu di sepanjang sempadan Lubnan-Syria serta kehadiran tentera di kedua-dua negara.
Kumpulan itu pernah melakukan serangan terhadap Israel sebelum ini.
Sumber: Ismaweb