Connect with us

Antarabangsa

Sembilan wartawan diserang di utara Kosovo

Sembilan wartawan diserang oleh penyerang bertopeng di sekitar Dewan Bandaraya di Leposavic, utara Kosovo pada Jumaat lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sembilan wartawan diserang di utara Kosovo
Foto: Anggota polis Kosovo melakukan rondaan di Mitrovica Utara, Kosovo.
  • Sembilan wartawan diserang oleh penyerang bertopeng di sekitar Dewan Bandaraya di Leposavic, utara Kosovo pada Jumaat lalu.
  • Pertubuhan Wartawan Kosovo (AGK) berkongsi rakaman mengenai petugas media dilempar dengan batu dan diserang secara fizikal oleh penyerang bertopeng.
  • Perdana Menteri Albin Kurti berkongsi rakaman itu di Twitter sambil berkata “Seorang lagi wartawan diserang secara kejam semasa membuat liputan mengenai perkembangan di utara Jumaat lalu.
  • “Serangan fizikal terhadap mereka adalah tidak boleh diterima dan harus dikecam oleh semua pihak,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.

PRISTINA: Sembilan wartawan diserang oleh penyerang bertopeng di sekitar Dewan Bandaraya di Leposavic, utara Kosovo pada Jumaat lalu.

Pertubuhan Wartawan Kosovo (AGK) berkongsi rakaman mengenai petugas media yang dilempar dengan batu dan diserang secara fizikal oleh penyerang bertopeng.

Perdana Menteri Albin Kurti berkongsi rakaman itu di Twitter sambil berkata “Seorang lagi wartawan diserang secara kejam semasa membuat liputan mengenai perkembangan di utara Jumaat lalu.

“Serangan fizikal terhadap mereka adalah tidak boleh diterima dan harus dikecam oleh semua pihak,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya.

Ketegangan meningkat di Kosovo selepas pemilihan datuk bandar etnik Albania di empat daerah di utara negara itu pada April.

Albania adalah kumpulan etnik utama di Kosovo, tetapi Serbia mendominasi kawasan utara, berhampiran sempadan dengan Serbia.

Sekurang-kurangnya 30 askar pengaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) KFOR cedera pada 29 Mei ketika protes dan cubaan menghalang seorang datuk bandar mengangkat sumpah jawatan.

Dalam kejadian itu, lebih 53 orang awam turut cedera akibat terkena gas pemedih mata.

Serbia tidak mengiktiraf kemerdekaan Kosovo yang diisytiharkan pada 2008.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *