Connect with us

Terkini

Pusat kajian UM tawar peluang kerja untuk LGBTQ?

Sebuah pusat kajian di bawah Universiti Malaya (UM) didakwa mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di media sosial.

Hidayah Sani

Published

on

Pusat kajian UM tawar peluang kerja untuk LGBTQ?
Foto: Tangkap layar Facebook Centre of Excellence for Research in AIDS.
  • Sebuah pusat kajian di bawah Universiti Malaysia (UM) didakwa mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBTQ di media sosial.
  • Menerusi hantaran di Facebook (FB), Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) yang berada di bawah Fakulti Perubatan (FOM) UM memuat naik dua iklan tawaran kerja pembantu penyelidik yang menggalakkan permohonan daripada kelompok songsang itu.
  • Ia bagi pelaksanaan kajian dibiayai Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH) yang menumpukan pada pembangunan dan kaedah meningkatkan ujian dan pencegahan HIV dalam komuniti LGBT.
  • Seorang pengguna Twitter, @LuqyFicarelli memuat naik iklan sama dan meminta netizen mengulang ciap iklan tawaran kerja terbabit.
  • Penolong Pendaftar Bahagian Perhubungan Awam UM, Mohd Julian Borhanuddin ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
  • The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain menjelaskan undang-undang Malaysia menghalang dan menjenayahkan sebarang bentuk perlakuan atau kecenderungan terhadap LGBT.

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat kajian di bawah Universiti Malaya (UM) didakwa mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook (FB), Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) yang berada di bawah Fakulti Perubatan (FOM) UM memuat naik dua iklan tawaran kerja pembantu penyelidik yang menggalakkan permohonan daripada kelompok songsang itu.

Tawaran itu dikemukakan untuk melaksanakan kajian dibiayai Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH) yang menumpukan pada pembangunan dan kaedah meningkatkan ujian dan pencegahan HIV dalam komuniti LGBT.

“Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM (men who have sex with men) yang lain,” kata iklan itu yang dimuat naik pada Rabu lalu.

Foto: Tangkap layar Facebook Centre of Excellence for Research in AIDS.

Seorang pengguna Twitter, @LuqyFicarelli turut memuat naik iklan sama dan meminta netizen mengulang ciap iklan tawaran kerja terbabit khususnya kepada kelompok songsang itu.

“Jawatan kosong tersedia: Pembantu penyelidik. Mengupah transgender 🏳️‍⚧️ wanita, transgender lelaki atau bukan binari untuk mengambil peluang ini.

“Kami mahukan seseorang yang boleh bekerja pada/dalam/dengan Key Affected Population and passionately dalam peristiwa-peristiwa lalu yang menunjukkan semangat anda terhadap KAP(s).

“Semua yang terbaik, Selamat malam. Sila tweet semula,” ciapnya pada Khamis lalu.

Penolong Pendaftar Bahagian Perhubungan Awam UM, Mohd Julian Borhanuddin ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Katanya, pihak UM sedang mengenal pasti admin yang menguruskan FB (CERiA) dan bertanggungjawab terhadap iklan terbabit.

Ketika ini, dimaklumkan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak UM berhubung dakwaan berkenaan.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain menjelaskan undang-undang Malaysia menghalang dan menjenayahkan sebarang bentuk perlakuan atau kecenderungan terhadap LGBT.

Pada Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi jaminan kelompok songsang itu tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan. — The Merdeka Times

Sumber: Twitter @LuqyFicarelli, Facebook Centre of Excellence for Research in AIDS

Authors

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending