Connect with us

Antarabangsa

Perlakuan anti-Katolik, LA Dodgers dikecam kerana iktiraf kumpulan biarawati LGBT

Pitcher pasukan baseball Washington Nationals, Trevor Williams mengecam pasukan Los Angeles Dodgers kerana memberi penghormatan kepada Sisters of Perpetual Indulgence (SPI), sekumpulan ‘biarawati queer dan trans’ yang mengejek agama Katolik, pada Malam Pride tahunan pasukan itu. 

A.R. Khan

Published

on

Perlakuan anti-Katolik, LA Dodgers dikecam kerana iktiraf kumpulan biarawati LGBT
Foto: Pitcher pasukan baseball Washington Nationals, Trevor Williams.
  • Pitcher pasukan baseball Washington Nationals, Trevor Williams mengecam pasukan Los Angeles Dodgers kerana memberi penghormatan kepada Sisters of Perpetual Indulgence (SPI), sekumpulan ‘biarawati queer dan trans’ yang mengejek agama Katolik, pada Malam Pride tahunan pasukan itu.
  • Dodgers pada mulanya membatalkan jemputan itu susulan respons kumpulan agama yang berhujah membawa SPI sebagai tetamu kehormat untuk Pride Night pada 16 Jun bermaksud menerima perbuatan kumpulan songsang itu memperolokkan agama Katolik. 
  • Dodgers menjemput mereka semula atas tekanan dari kumpulan LGBTQ untuk memboikot.
  • “Untuk menjemput dan menghormati kumpulan yang terang-terangan mengejek dan menyinggung agama saya dan agama lebih empat juta orang di Los Angeles sahaja, adalah satu tindakan memperlekehkan nilai hormat menghormati dan keterangkuman yang harus didirikan setiap organisasi”. – Trevor Williams.
  • CatholicVote, salah sebuah organisasi advokasi pertama menyuarakan perihal jemputan kelompok songsang itu, bertindak balas dengan mengumumkan kempen iklan USD1 juta menyasarkan Dodgers atas keputusan tersebut, menyifatkan perlakuan itu sebagai satu “tamparan di muka” dan “anti-Katolik.”

Pitcher pasukan baseball Washington Nationals, Trevor Williams mengecam pasukan Los Angeles Dodgers kerana memberi penghormatan kepada Sisters of Perpetual Indulgence (SPI), sekumpulan ‘biarawati queer dan trans’ yang mengejek agama Katolik, pada Malam Pride tahunan pasukan itu. 

Dodgers pada mulanya membatalkan jemputan itu susulan respons kumpulan agama yang berhujah membawa SPI sebagai tetamu kehormat untuk Pride Night pada 16 Jun bermaksud menerima kumpulan songsang itu memperolokkan agama Katolik. 

Mereka bagaimanapun menjemput semula kumpulan songsang itu atas tekanan kelompok LGBTQ untuk memboikot dan ia mendorong Williams menyatakan tentang isu ini pada Selasa di Twitter.

Foto: Logo Acara tahunan LGBTQ+ Pride Night yang dikendalikan oleh pasukan baseball Los Angeles Dodgers di Stadium Dodgers.

“Sebagai penganut setia Katolik, saya sangat tersinggung dengan keputusan Dodgers untuk menjemput dan menghargai kumpulan ‘The Sisters of Perpetual Indulgence’ pada Malam Pride mereka tahun ini,” kata Williams dalam satu hantaran. 

“Untuk menjemput dan menghormati kumpulan yang terang-terangan mengejek dan menyinggung agama saya dan agama lebih empat juta orang di Los Angeles sahaja, adalah satu tindakan memperlekehkan nilai hormat menghormati dan keterangkuman harus didirikan setiap organisasi. 

“Ia juga satu pelanggaran jelas Dasar Diskriminasi Dodgers, yang dengan jelas menyebut sebarang kelakuan atau pakaian di padang permainan yang dianggap tidak senonoh atau prejudis terhadap mana-mana kumpulan (atau agama) tertentu tidak boleh diterima”.

Williams berkata Dodgers telah “memberikan pengecualian” kepada SPI dan memilih untuk menghormati kumpulan yang “sangat tidak saling menghormati dan secara terbuka mempermainkan” tradisi dan kepercayaan Katolik. 

Dia juga menyeru Dodgers untuk mempertimbangkan semula jemputan mereka dan menggesa penganut Katolik untuk menilai semula “sokongan terhadap organisasi yang membiarkan berlakunya ejekan kepada peminat”.

The Dodgers pada 22 Mei lalu mengeluarkan kenyataan di Twitter mengumumkan ia memohon maaf dan meneruskan rancangan asal memberi penghormatan kepada SPI atas kerja-kerja dilakukannya.

CatholicVote, salah sebuah organisasi advokasi pertama menyuarakan perihal jemputan kelompok songsang itu, bertindak balas dengan mengumumkan kempen iklan USD1 juta menyasarkan Dodgers atas keputusan tersebut, menyifatkan perlakuan itu sebagai satu “tamparan di muka” dan “anti-Katolik.”

Sumber: Daily Caller

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending