Connect with us

Antarabangsa

Perkataan ‘cisgender’ boleh dianggap hinaan di Twitter

Pengguna Twitter mungkin digantung akaunnya jika mengguna perkataan ‘cis’ dan ‘cisgender’, demikian lapor Reduxx.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Foto: Tangkap layar ciapan Twitter Elon Musk.
  • Pengguna Twitter mungkin digantung akaunnya jika mengguna perkataan ‘cis’ dan ‘cisgender’.
  • Perkataan itu boleh dianggap sebagai kata-kata hinaan mengikut Syarat Perkhidmatan baharu Twitter. – Pemilik dan Pengerusi Twitter, Elon Musk.
  • ‘Cisgender’ atau singkatannya ‘cis’ bermaksud golongan yang tidak mengubah jantina.
  • Aktivis transgender sering menggunakan perkataan itu untuk mempersenda atau mengancam mereka yang tidak bersetuju dengan ideologi jantina songsang mereka.

Pengguna Twitter mungkin digantung akaunnya jika mengguna perkataan ‘cis’ dan ‘cisgender’, demikian lapor Reduxx.

Elon Musk selaku pemilik dan pengerusi Twitter memberitahu yang perkataan itu boleh dianggap sebagai kata-kata hinaan mengikut Syarat Perkhidmatan baharu media sosial itu.

“Perkataan ‘cis’ atau ‘cisgender’ dianggap sebagai penghinaan di platform ini,” kata Elon dalam satu ciapan pada Rabu.

“Gangguan berulang yang disasarkan terhadap mana-mana akaun akan menyebabkan akaun yang mengganggu itu sekurang-kurangnya digantung sementara”.

Elon berkata demikian sebagai membalas kepada ciapan James Esses, seorang pengulas kritikal jantina yang mendakwa dia enggan digelar ‘cis’.

Mengikut definisi, perkataan itu merujuk kepada golongan yang mempunyai identiti jantina selari dengan jantina kelahirannya.

Dalam erti kata lebih mudah, ‘cisgender’ atau singkatannya ‘cis’ bermaksud golongan yang tidak mengubah jantina.

Aktivis transgender sering menggunakan perkataan itu untuk mempersenda atau mengancam mereka yang tidak bersetuju dengan ideologi jantina songsang mereka.

Istilah itu diperkenalkan pada 1991 oleh pakar seks Jerman, Volkmar Sigusch yang menggunakan perkataan “cisgender” sebagai kata lawan bagi “transgender” dalam penerbitannya berjudul Transsexuals and our Nosomorphic View.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *