Terkini
Peniaga pakaian didakwa 10 pertuduhan hina Allah, Nabi, Islam
Seorang peniaga pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sepuluh pertuduhan membuat penghantaran bersifat jelik yang menghina Allah, Nabi dan agama Islam di aplikasi Facebook (FB), dua bulan lalu.

- Seorang peniaga pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sepuluh pertuduhan membuat penghantaran bersifat jelik yang menghina Allah, Nabi dan agama Islam di aplikasi Facebook (FB), dua bulan lalu.
- Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Hakim VM Mabel Sheela.
- Berdasarkan semua kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dan berbaur penghinaan terhadap Allah, Nabi dan agama Islam.
- Semua hantaran yang dimuat naik melalui perkhidmatan aplikasi FB menggunakan laman profil ‘Ali Tikos’ itu didakwa dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan dibaca di sebuah rumah dekat Rumah Pangsa Awam Larkin di sini, kira-kira jam 10 malam, 26 April lalu.
Johor Bahru: Seorang peniaga pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sepuluh pertuduhan membuat penghantaran bersifat jelik yang menghina Allah, Nabi dan agama Islam di aplikasi Facebook (FB), dua bulan lalu.
Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Hakim VM Mabel Sheela.
Berdasarkan semua kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dan berbaur penghinaan terhadap Allah, Nabi dan agama Islam.
Semua hantaran yang dimuat naik melalui perkhidmatan aplikasi FB menggunakan laman profil ‘Ali Tikos’ itu didakwa dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan dibaca di sebuah rumah dekat Rumah Pangsa Awam Larkin di sini, kira-kira jam 10 malam, 26 April lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar, Noor Idayu Salim dan S Thiviya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh memohon jaminan yang rendah memandangkan dia yang hanya berniaga pakaian di Bazar Karat di sini, berpendapatan tidak menentu antara RM300 hingga RM400 sebulan.
Lelaki yang sudah bercerai itu juga berkata dia mempunyai tanggungan dua anak perempuan berusia empat dan lapan tahun.
Ahmad Kamal Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 bagi enam pertuduhan yang dibacakan di hadapannya dan Mabel Sheela pula mengguna pakai jumlah jaminan yang sama memandangkan kes dihadapannya akan dipindahkan ke mahkamah Ahmad Kamal Arifin.
Semua kes akan disebut semula bagi lantikan peguam di hadapan Ahmad Kamal Arifin pada 9 Julai nanti.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS