Antarabangsa
Palestin boikot mesyuarat ekonomi bincang penempatan haram Israel
Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memboikot mesyuarat ekonomi dengan Israel bagi membantah rancangan penempatan baharu Israel di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.
- Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memboikot mesyuarat ekonomi dengan Israel bagi membantah rancangan penempatan baharu Israel di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.
- “Kami memutuskan untuk memboikot mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi Bersama antara kedua-dua pihak [Israel dan PA], yang dijadualkan diadakan esok (hari ini),” kata Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh.
- Beliau berkata, langkah itu dibuat sebagai protes terhadap keputusan kerajaan Israel yang membenarkan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich bertanggungjawab meratifikasi rancangan dan projek penempatan.
- Al-Sheikh berkata, Pihak Berkuasa Palestin akan mengkaji beberapa langkah dan keputusan lain untuk pelaksanaan yang berkaitan dengan hubungan dengan Israel.
- Sementara itu, kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam pengumuman Israel mengenai tender baharu untuk membina kira-kira 4,500 unit penempatan di penempatan sedia ada di seluruh Tebing Barat.
TEBING BARAT, 30 Zulkaedah 1444H, Isnin – Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memboikot mesyuarat ekonomi dengan Israel bagi membantah rancangan penempatan baharu Israel di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.
“Kami memutuskan untuk memboikot mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi Bersama antara kedua-dua pihak [Israel dan PA], yang dijadualkan diadakan esok (hari ini),” kata Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh.
Beliau berkata, langkah itu dibuat sebagai protes terhadap keputusan kerajaan Israel yang membenarkan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich bertanggungjawab meratifikasi rancangan dan projek penempatan.
Al-Sheikh berkata, Pihak Berkuasa Palestin akan mengkaji beberapa langkah dan keputusan lain untuk pelaksanaan yang berkaitan dengan hubungan dengan Israel.
Sementara itu, kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam pengumuman Israel mengenai tender baharu untuk membina kira-kira 4,500 unit penempatan di penempatan sedia ada di seluruh Tebing Barat.
Dalam satu kenyataan, Hamas memberi amaran bahawa keputusan Israel akan membawa kepada peningkatan lanjut di rantau itu.
Anggaran menunjukkan bahawa kira-kira 700,000 peneroka tinggal di 164 penempatan dan 116 pos di Tebing Barat yang diduduki.
Mengikut undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.
Sumber: Ismaweb