Connect with us

Terkini

MRM nafi buka tabung kes wanita mualaf

Multiracial Reverted Muslims (MRM) menafikan dakwaan kononnya ia membuka tabung bagi kes seorang wanita mualaf orang Asli di Kuantan yang tular minggu lalu. 

Hanani Zulkifli

Published

on

MRM nafi buka tabung kes wanita mualaf
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Multiracial Reverted Muslims (MRM) menafikan dakwaan kononnya ia membuka tabung bagi kes seorang wanita mualaf orang Asli di Kuantan yang tular pada minggu lepas.
  • Presidennya, Firdaus Wong Wai Hung dalam kenyataan disiarkan di laman Facebook semalam berkata, sebarang kes undang-undang dikendalikan MRM adalah secara percuma dan segala kos mahkamah dan guaman ditanggung MRM.
  • MRM menegaskan Peguam-Peguam Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) juga tidak menerima sebarang sumbangan dari mana-mana dana dilancarkan itu.

KUALA LUMPUR: Multiracial Reverted Muslims (MRM) menafikan dakwaan kononnya ia membuka tabung bagi kes seorang wanita mualaf orang Asli di Kuantan yang tular minggu lalu. 

Presidennya, Firdaus Wong Wai Hung dalam kenyataan MRM disiarkan di laman Facebook semalam berkata, sebarang kes undang-undang dikendalikan MRM adalah secara percuma.

Katanya, segala kos mahkamah dan guaman berkaitan adalah ditanggung sepenuhnya MRM.

Foto: Kenyataan media MRM.

“Peguam-Peguam Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) juga tidak menerima sebarang sumbangan dari mana-mana dana yang dilancarkan itu,” katanya. 

MRM turut memaklumkan wanita mualaf itu meminta sebarang seruan sumbangan atas nama beliau dan anaknya diberhentikan serta merta. 

Semalam, PPMM memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuantan supaya nama dan gambar wanita mualaf dan anaknya tidak disiarkan bagi melindungi mereka. 

Permintaan ‘gag order’ bagi kes itu telah dibenarkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan bermula semalam.

Kenyataan itu berkata MRM dan PPMM juga bersetuju sebarang kenyataan rasmi berkaitan kes hanya akan dikeluarkan Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki dan tidak bertanggungjawab atas kenyataan dari mana-mana pihak berkenaan prosiding terbabit.

Kedua-dua pertubuhan itu juga meminta supaya semua pihak menghormati arahan Mahkamah Tinggi Kuantan – The Merdeka Times 

Sumber: Facebook

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending