Antarabangsa
Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman
Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk ‘India.…Who lit the Fuse?’, yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.

- Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk ‘India.…Who lit the Fuse?’, yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
- Panel hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad kelmarin, mengarahkan kerajaan India dan Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengambil langkah untuk memastikan filem dalam bahasa Arab itu tidak disiarkan melainkan kandungannya diteliti oleh pihak berkuasa, lapor media tempatan.
- Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara berkenaan.
NEW DELHI: Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk ‘India.…Who lit the Fuse?’, yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
Panel hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad kelmarin, mengarahkan kerajaan India dan Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengambil langkah untuk memastikan filem dalam bahasa Arab itu tidak disiarkan melainkan kandungannya diteliti oleh pihak berkuasa, lapor media tempatan.
Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara berkenaan.
“Filem itu secara negatif menggambarkan fungsi politik negara India dengan memperlihat mereka bertindak memudaratkan kepentingan minoriti,” kata peguam bagi pempetisyen kepada mahkamah, menurut laporan Hindustan Times. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas