Antarabangsa
Konflik etnik di India, lebih 50,000 hilang tempat tinggal
Lebih 50,000 hilang tempat tinggal berikutan pertempuran etnik baru-baru ini di Manipur, India yang bersempadan dengan Myanmar.

- Lebih 50,000 hilang tempat tinggal berikutan pertempuran etnik baru-baru ini di Manipur, India bersempadan dengan Myanmar.
- “Secara keseluruhannya 50,698 orang hilang tempat tinggal akibat keganasan etnik dan kini ditempatkan di 349 kem sementara,” menurut kenyataan Menteri Penerangan India, R K Ranjan.
- Konflik antara etnik Meitei dan etnik lain termasuk Naga dan Kuki, mengorbankan lebih 70 orang bulan lalu.
- Ketegangan dan keganasan berterusan di rantau ini walaupun terdapat pasukan keselamatan ditempatkan di pelbagai lokasi.
NEW DELHI: Lebih 50,000 hilang tempat tinggal berikutan pertempuran etnik baru-baru ini di Manipur, India yang bersempadan dengan Myanmar.
“Secara keseluruhannya 50,698 orang hilang tempat tinggal akibat keganasan etnik dan kini ditempatkan di 349 kem sementara,” menurut kenyataan Menteri Penerangan India, R K Ranjan.
Konflik antara etnik Meitei dan etnik lain termasuk Naga dan Kuki, mengorbankan lebih 70 orang bulan lalu.
Ketegangan dan keganasan berterusan di rantau ini walaupun terdapat pasukan keselamatan ditempatkan di pelbagai lokasi.
Kementerian Dalam Negeri pada Sabtu memaklumkan ‘jawatankuasa keamanan’ yang diketuai Gabenor Manipur, Anusuiya Uikey telah dibentuk untuk memulihkan keamanan di negeri itu.
Ia turut dianggotai Ketua Menteri, N Biren Singh, Ahli Parlimen, birokrat dan pemimpin parti politik.
Ketegangan memuncak selepas mahkamah tinggi mengarahkan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan agar komuniti Meitei diberi status `scheduled tribe’.
Namun ia ditentang hebat oleh etnik lain yang membentuk kira-kira 40 peratus penduduk dan dikhuatiri menjejaskan hak mereka.
`Scheduled tribe’ akan memberi faedah tambahan kepada Meitei untuk mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan, pendidikan dan pemilikan tanah hutan.
Sumber: Berita Harian
