Connect with us

Terkini

Kerajaan disaran wujudkan akta halang promosi ideologi LGBT di Malaysia – Ahli Parlimen Machang

Kerajaan disaran melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan mengikuti langkah Parlimen Rusia memperkenalkan akta menghalang propaganda menormalisasikan seks luar tabii, pedofilia dan ideologi LGBT.  

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Kerajaan disaran melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan mengikuti langkah Parlimen Rusia memperkenalkan akta menghalang propaganda menormalisasikan seks luar tabii, pedofilia dan ideologi LGBT.
  • Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ia bagi melindungi kanak-kanak di negara ini daripada anasir-anasir itu melalui platform media sosial, media massa dan produk budaya.
  • “(Tindakan) kerajaan baru-baru ini merampas jam tangan brand Swatch bagi saya satu perkara baik kalau benda itu jelas terbukti mempropagandakan mempromosikan LGBTQ.
  • “Jadi kalau ada undang-undang seperti ini yang lebih jelas kerajaan tidak perlu takut dengan apologetik untuk mengambil tindakan tegas dan cermat agar tradisi keluarga dan agama kita terpelihara dalam konteks hak asasi yang ada di Malaysia,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin.
  • Parlimen Rusia sebelum ini dilapor meluluskan RUU memperluaskan larangan mempromosi propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur.

KUALA LUMPUR — Kerajaan disaran melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan mengikuti langkah Parlimen Rusia memperkenalkan akta menghalang propaganda menormalisasikan seks luar tabii, pedofilia dan ideologi LGBT.  

Saranan itu dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi melindungi kanak-kanak di negara ini daripada anasir-anasir terbabit di platform media sosial, media massa dan produk budaya.

Katanya, perkara itu juga selari dengan misi kerajaan untuk mempertahankan dan membela kanak-kanak.

“(Tindakan) kerajaan baru-baru ini merampas jam tangan brand Swatch bagi saya satu perkara baik kalau benda itu jelas terbukti mempropagandakan mempromosikan LGBTQ.

“Jadi kalau ada undang-undang seperti ini yang lebih jelas kerajaan tidak perlu takut dengan apologetik untuk mengambil tindakan tegas dan cermat agar tradisi keluarga dan agama kita terpelihara dalam konteks hak asasi yang ada di Malaysia,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sebelum ini, Parlimen Rusia dilaporkan meluluskan RUU yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur.

Ia akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia.

Di bawah undang-undang baharu itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda berat. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *