Antarabangsa
Parlimen Rusia lulus undang-undang haramkan promosi LGBT di semua peringkat umur
Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.

- Undang-undang baharu itu akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia, bagaimanapun ia masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin.
- Di bawah undang-undang itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.
- Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada golongan kanak-kanak.
MOSCOW – Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.
Ia akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia.
Bagaimanapun rang undang-undang itu masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin sebelum dikuatkuasakan.
Di bawah undang-undang baharu itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.
Sebelum ini, negara terbesar di dunia itu hanya mengharamkan promosi gaya hidup LGBT ditujukan kepada kanak-kanak.
Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada kelompok kanak-kanak.
Penggubal undang-undang berkata mereka mempertahankan nilai tradisional “dunia Rusia” terhadap nilai liberal barat yang dikatakan begitu tekad untuk memusnahkan mereka – hujah itu juga semakin digunakan pegawai sebagai salah satu justifikasi untuk kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.
Pihak berkuasa di Rusia juga menggunakan undang-undang sedia ada untuk menghentikan perarakan kebanggaan gay dan menahan aktivis hak gay di negara itu.
Sumber : Reuters
Antarabangsa
Pakistan: Pengebom masjid di Peshawar menyamar dengan seragam polis
Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.

ISLAMABAD – Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.
Ketua Polis Wilayah Khyber Pashtunkhwa, Moazzam Jah Ansari berkata penyerang juga melanggar undang-undang keselamatan dengan memakai pakaian seragam polis.
Serangan yang berlaku pada Isnin lalu di kawasan berkubu dipanggil Police Lines itu mengorbankan lebih 100 mangsa, di mana tiga daripadanya adalah anggota polis.
Moazzam Jah Ansari memberitahu pemberita bahawa pengebom itu adalah sebahagian daripada “rangkaian” yang tidak dijelaskan dan memandu motosikal ke kawasan terbabit.
Sumber: Reuters
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam