Connect with us

Terkini

Kalimah Allah: Dewan Rakyat tolak usul RUU Tafsiran Pindaan Akta 388

Usul persendirian yang dibawa seorang Ahli Parlimen pembangkang membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran Pindaan Akta 388 telah ditolak oleh Dewan Rakyat, hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kalimah Allah: Dewan Rakyat tolak usul RUU Tafsiran Pindaan Akta 388
Foto: Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.
  • Usul persendirian yang dibawa seorang Ahli Parlimen pembangkang membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran Pindaan Akta 388 telah ditolak oleh Dewan Rakyat, hari ini.
  • Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail memaklumkan usul itu, yang dikemukakan pada 25 Mei lalu adalah bagi memastikan satu akta khusus yang dapat mengawal makna kalimah Allah daripada sebarang penyalahtafsiran.
  • “Usul ini adalah pindaan terhadap Akta Tafsiran 1948 dan 1967, Akta 388 dengan memasukkan penambahan proviso di Seksyen 66 mengenai maksud sebenar kalimah Allah mengikut surah 112, Al Ikhlas.
  • “Usul persendirian adalah untuk memberikan suatu tafsiran terhadap kalimah Allah supaya ianya dapat menoktahkan polemik berpanjangan ini,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
  • Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau memaklumkan usul persendirian tersebut ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

KUALA LUMPUR: Usul persendirian yang dibawa seorang Ahli Parlimen pembangkang membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran Pindaan Akta 388 telah ditolak oleh Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail memaklumkan usul itu, yang dikemukakan pada 25 Mei lalu adalah bagi memastikan satu akta khusus yang dapat mengawal makna kalimah Allah daripada sebarang penyalahtafsiran.

“Usul ini adalah pindaan terhadap Akta Tafsiran 1948 dan 1967, Akta 388 dengan memasukkan penambahan proviso di Seksyen 66 mengenai maksud sebenar kalimah Allah mengikut surah 112, Al Ikhlas.

“Usul persendirian adalah untuk memberikan suatu tafsiran terhadap kalimah Allah supaya ianya dapat menoktahkan polemik berpanjangan ini,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.

Dalam masa sama, Zulkifli berharap beliau dan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Majlis Raja-Raja bagi menjelaskan berhubung usul persendirian itu.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau memaklumkan usul persendirian tersebut ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Saya dimaklumkan usul ini telah ditolak dan kalau tidak puas hati boleh buat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43,” katanya.

Sementara, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan terhadap Akta Tafsiran 1948 dan 1967 perlu diberikan perhatian bagi menjamin kesucian agama Islam dan mendapatkan penjelasan dari segi taksiran maksud kalimah Allah.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *