Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Jemaah haji perlu patuhi garis panduan baharu untuk bergambar

Jemaah haji yang ingin mengambil gambar atau video di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah perlu mematuhi garis panduan baharu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Jemaah haji perlu patuhi garis panduan baharu untuk bergambar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jemaah haji yang ingin mengambil gambar atau video di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah perlu mematuhi garis panduan baharu.
  • Garis panduan baharu itu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerusi Twitter.
  • Ia bertujuan memastikan kelancaran dan tidak mengganggu privasi jemaah lain.
  • Salah satunya peraturan itu ialah jemaah tidak boleh terlalu lama berada di kawasan sesak kerana ia boleh menghalang laluan jemaah lain dan menjejaskan pergerakan di dalam tapak suci.

Jemaah haji yang ingin mengambil gambar atau video di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah perlu mematuhi garis panduan baharu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Memetik laporan IQNA, kementerian itu berkata garis panduan tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengalaman haji dan memelihara kesucian tapak suci.

Mereka juga mengingatkan jemaah haji supaya menumpukan ibadah dan khusyuk mereka semasa ibadah haji.

Dalam satu ciapan di Twitter, kementerian itu meminta jemaah haji mematuhi beberapa adab ketika mengambil gambar agar tidak mengganggu atau membahayakan jemaah lain.

Salah satunya ialah jemaah tidak boleh terlalu lama berada di kawasan sesak kerana ia boleh menghalang laluan jemaah lain dan menjejaskan pergerakan di dalam tapak suci.

Mereka juga harus menjauhi laluan yang ditetapkan dan tidak menghalang kelancaran orang ramai.

Selain itu, jemaah diperingatkan untuk berhati-hati ketika mengambil gambar dan tidak merakam imej yang boleh mengganggu ruang peribadi jemaah lain.

Saranan itu dibuat memandangkan lebih sejuta jemaah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini selepas sekatan jumlah jemaah haji dikenakan sejak tiga tahun lalu akibat pandemik Covid-19 ditarik balik.

Sumber: IQNA, Twitter Ministry of Hajj and Umrah

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *