Antarabangsa
Hanya kerana ucapan kritik Israel, graduan undang-undang AS dibuli politikus pro-zionis
Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat tidak selalu menemui titik persamaan, tetapi minggu ini, ahli politik dari kedua-dua parti utama itu mengejar satu tujuan bersama iaitu menghentam seorang graduan sekolah undang-undang New York ekoran ucapannya mengkritik Israel.
- Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat tidak selalu menemui titik persamaan, tetapi minggu ini, ahli politik dari kedua-dua parti utama itu mengejar satu tujuan bersama iaitu menghentam seorang graduan sekolah undang-undang New York ekoran ucapannya mengkritik Israel.
- Ahli Kongres Demokrat Ritchie Torres menggelar lulusan Sekolah Undang-undang Universiti City of New York (CUNY) itu sebagai “gila”; bekas calon Republikan untuk gabenor, Lee Zeldin menyifatkan ucapan itu sebagai “amukan anti-semitisme”; manakala Datuk Bandar Eric Adams menyifatkannya sebagai “kata-kata negatif dan perpecahan”.
- Senator Republikan Ted Cruz, dari Texas juga turut menyumbang dalam timbunan kutukan terhadap ucapan siswazah Yaman-Amerika itu, Fatima Mohammed.
- Tetapi ramai penyokong hak warga Palestin bingung dengan tuduhan itu, menegaskan Fatima tidak menyatakan apa-apa berbentuk kebencian atau ketaksuban.
- Penyokong juga mengatakan fitnah ke atas Fatima cuma melengkapkan corak yang lebih luas (bilamana akan berlaku) penyerangan terhadap pengkritik Israel secara terbuka dalam usaha menghalang kritikan lanjut terhadap dasar-dasar negara itu.
Washington, DC – Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat tidak selalu menemui titik persamaan, tetapi minggu ini, ahli politik dari kedua-dua parti utama itu mengejar satu tujuan bersama iaitu menghentam seorang graduan sekolah undang-undang New York ekoran ucapannya mengkritik Israel.
Ahli Kongres Demokrat Ritchie Torres menggelar lulusan Sekolah Undang-undang Universiti City of New York (CUNY) itu sebagai “gila”; bekas calon Republikan untuk gabenor, Lee Zeldin menyifatkan ucapan itu sebagai “amukan anti-semitisme”; manakala Datuk Bandar Eric Adams menyifatkannya sebagai “kata-kata negatif dan perpecahan”.
Senator Republikan Ted Cruz, dari Texas juga turut menyumbang dalam timbunan kutukan terhadap ucapan siswazah Yaman-Amerika itu, Fatima Mohammed.
CUNY sendiri menggelar ucapan itu sebagai “ungkapan kebencian awam terhadap manusia, masyarakat, berdasarkan agama, bangsa atau hubungan politik mereka” dalam kenyataan dikaitkan dengan canselornya.
Akhbar tabloid New York Post pula meletakkan Fatima di muka depannya pada Selasa.
Tetapi ramai penyokong hak warga Palestin bingung dengan tuduhan itu, menegaskan Fatima tidak menyatakan apa-apa berbentuk kebencian atau ketaksuban.
Penyokong juga mengatakan fitnah ke atas Fatima cuma melengkapkan corak yang lebih luas (bilamana akan berlaku) penyerangan terhadap pengkritik Israel secara terbuka dalam usaha menghalang kritikan lanjut terhadap dasar-dasar negara itu.
Pengarah Advokasi Israel-Palestin di Democracy for the Arab World Now (DAWN), Adam Shapiro berkata, pertubuhan dan ahli politik pro-Israel berharap serangan sedemikian akan menghalang aktivis Palestin daripada bersuara.
“Tetapi saya fikir ia akan memberi kesan yang sebaliknya. Saya fikir ini akan mendorong lebih ramai lagi untuk bersuara,” kata Shapiro kepada AlJazeera.
Beliau juga mengetengahkan beberapa kejayaan advokasi undang-undang dan politik dalam menolak “kempen fitnah” yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.
Shapiro berkata Torres mendatangi seorang wanita muda Islam, berhijab, dengan kuasa jauh lebih rendah, untuk menunjukkan kelayakan (kedudukannya) yang pro-Israel.
“Ini merupakan satu kes buli klasik,” kata Shapiro.
Sumber: Al Jazeera