Connect with us

Terkini

Hak LGBTQ: Indeks asing tidak terpakai, Malaysia amal sistem nilai berbeza dengan Barat

Sebarang bentuk penilaian asing terhadap kebebasan di Malaysia, khususnya berkaitan hak LGBTQ, tidak perlu dirujuk kerana negara ini mengamalkan sistem nilai berbeza dengan Barat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.
  • Sebarang bentuk penilaian asing terhadap kebebasan di Malaysia, khususnya berkaitan hak LGBTQ, tidak perlu dirujuk kerana negara ini mengamalkan sistem nilai berbeza dengan Barat.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, sekaligus dijadikan asas rujukan negara yang menyaksikan batasan dan kawalan terhadap LGBTQ.
  • “Jadi dalam konteks ini perundangan yang wujud dalam negara kita khususnya mengawal hubungan sejenis itu sesuatu yang perlu sedangkan barat menganggap ia satu sekatan kepada kebebasan LGBTQ,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Katanya, Malaysia tidak pernah melakukan kezaliman terhadap mereka yang berdepan krisis identiti sebaliknya pelbagai mekanisme disediakan untuk membantu kelompok songsang itu.
  • Media tempatan hari ini melaporkan mengenai laporan Indeks Hak Trans Global yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang negara Amerika Selatan, Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.

KUALA LUMPUR — Sebarang bentuk penilaian asing terhadap kebebasan di Malaysia, khususnya berkaitan hak LGBTQ, tidak perlu dirujuk kerana negara ini mengamalkan sistem nilai berbeza dengan Barat.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, sekaligus dijadikan asas rujukan negara.

Katanya, berdasarkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan itu, maka terdapat batasan dan kawalan terhadap LGBTQ.

“Jadi dalam konteks ini perundangan yang wujud dalam negara kita khususnya mengawal hubungan sejenis itu sesuatu yang perlu sedangkan Barat menganggap ia satu sekatan kepada kebebasan LGBTQ.

“Saya rasa ini antara faktor penting mengapa Malaysia berada di tempat rendah dari sudut penilaian indeks Hak Trans Global,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Indeks Hak Trans Global yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang negara Amerika Selatan, Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.

Menerusi data direkodkan dalam indeks itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana golongan transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.

Mengulas dakwaan laporan itu bahawa kelompok LGBTQ didiskriminasi di Malaysia, Muhammad Fathi berkata negara ini tidak pernah melakukan kezaliman terhadap mereka yang berdepan krisis identiti, sebaliknya pelbagai mekanisme disediakan untuk membantu kelompok songsang itu.

“Tapi kita tidaklah memberi mereka kebebasan untuk mereka mengadakan aktiviti secara terbuka seperti kita lihat di sesetengah negara mereka berhimpun bercium ciuman sesama jantina lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita.

“Apabila laporan itu menyebut soal sekatan atau tindakan daripada pihak polis sebenarnya itu berkait rapat dengan undang-undang di negara kita… itupun dalam konteks penguatkuasaan masih lagi terdapat langkah-langkah yang bertimbang rasa tidak lah terlalu rigid khususnya dalam konteks ingin menghadapi isu LGBT sebagai satu masalah sosial,” katanya.

Muhammad Fathi berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan pula menjamin hak persamaan, termasuk dalam konteks jantina diiktiraf di negara ini iaitu lelaki dan wanita.

Katanya, dalam konteks itu tiada sesiapa didiskriminasikan dari sudut perundangan kerana kelompok LGBTQ, turut termasuk dalam salah satu jantina sama ada lelaki atau wanita. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *